Sunday, December 25, 2011

bersawang-sawang belog aku.....huhuhu

Assalamualaikum u olsss

lama tak berbelog
bersawang2 suda belog nih
malangnya aku nulis n3 ni pon bukan nak cakap banyak
cuma nak jenjalan tgk belog org lain
tnpa ada citer yg panjang
bulan yg cibuk lah kengkawan
nak naip pon rasa berat tangan sb letih...huhuhu

mana belog yg tak sempat singgah tuh sowi lah yer
tgu next month, masa tuh baru ada masa

babai..daaaaaaaaaa~~

Friday, December 16, 2011

sakitnya mukaaaaaa...ni mungkin ujian tuhan kot~~

Assalamualaikum u olss


ikotkan tak larat nak naip entri
tapi mikirkan takot sok takleh naip dsebabkan ketidak laratan ini
aku rasa baik aku naip malam ni jah
badan rasa tak best lah, ada gaya cam nak demam plak malam nih
mungkin sb terperanjat kot
muka belah kanan kena percikan minyak panas
separuh dari muka dah banyak tompok2 hitam
mulut lagi...tapi mulut paling teruk kut
sb dah menggelembung ada air kat dalam dia
hummm...ujian tuhan kot
jadi aku bersyukur ngn apa yg terjadi
walaupon mulut nih ada sket2 merungut
gaya cam tak ikhlas dan redho  ja kan...hummm..sedey..

tadi hasben ajak keluar
pikir banyak kali gak nak ikot tuh
memandangkan ada barang nak carik
keluarlah jugak
dgn bedak yang setebal 5 inci...huhuhu..gara2 nak tutup parut punya pasal
bukan aku gemar kut nak bedak tebal2 cam opera cina ni
tapi segan, takot org tya macam2 (ada ka yg nak tya, paling kurg pon depa jeling2 ja kut)

humm...dah balik baru perasan
lengan kanan pon kena jugak, tapi tak rasa sakit
cuma muka jek rasa cam pedih2...humm..

rasa2 bila lah nak ilang parut nih yer...banyak kut kat muka..
sorilah tader gambo nak tunjuk, segan punya pasal...
nak demam, tapi still bleh nak BW...kuatnya semangat saya..heheh~~




Thursday, December 15, 2011

pernah dgr ayat, tapi tak tau apa makna??? betul kan??

Assalamualikum u olss

aku sedar aku bukan manusia sastera
sb aku ni lebih kepada manusia yg datang dari peradaban moden
jadik, bila aku gi menontong bangsawan
atau tgk rancangan cerita dolu2
aku selalu nak menguji diri utk paham segala ayat yg depa sebutkan dalam sesebuah cerita tu
cthnya "batu jemala patik"
ampa rasa, ampa tau tak makna ayat tuh
atau ampa pon sama cam aku, 2 x 5 ja
buat2 paham, sedangkan, hampeh tak paham...hahhaha

nak ikotkan, banyak maksud tuk 3 perkataan tuh
tak terkira kut kalau kita rajin dok semak2 dlm kamus
utk perkataan 'jemala' saja, sudah mengumpul beberapa  makna
tapi aku nak mendedahkan maksud yg hampir dgn perkataan tuh
memandangkan "batu jemala patik" tuh ada kaitan ngn pemerintahan beraja

kalau nak lebih pasti, jom tgk apa yg aku dapat





jemala membawa makna, kepala: Kurnia tuanku patik junjung di atas ~ patik.

jemala juga membawa makna, sl kepala; batu ~ batu kepala, kepala; di atas ~ di atas kepala.

jemala juga bermaksud, kepala:Kurnia tuanku patik junjung di atas ~ patik.

manakala batu jemala pula bermkasud batu kepala, kepala; menurut kamus dewan. begitu juga dgn 'kepala' atau 'di atas kepala'.

dan batu pula membawa erti yg sangat banyak, bukan saja dalam bentuk pepejal, juga beberapa maksud yang lain. tapi yg aku nak higlingtkan di sini adalah 'batu jemala patik' - jadik batu di dalam ayat ini bermaksud 'hidup batu yg mempunyai kekuatan ghaib; ~ jemala = ~ kepala kepala;'

geggegrrr, paham kan..ke korg tak paham
hehhe, rerasanya kalau tak paham, baik korg buka buku dewan
selama idop di aswara dulu, buku ni leh jadi teman setia aku
tuk mencari bahasa2 yg aku kekadabg tak paham
harap2 ngn info nih
korg boleh pahamlah
apa maksud sbnr
BATU JEMALA PATIK tuh..hehhe

sehingga berjumpa lagi di kelas sastera akan datang...huhuhu... daaa~~

Wednesday, December 14, 2011

ERHU 二胡 ????....



Assalamualaikum u olss


hehe, pepagi ari da update
bukan apa, takot arini nak kuar jenjalan kan
kalau dah kuar, balik terus dah tak larat nak update apa2
jadik, baik aku update pepagi ari
sambil2 tuh leh basuh baju skali..kikikiki~ plan tuh kena ada, yer dak???...

arini aku nak cerita sket pasal instrumen music yg aku rasa
kalau korg dgr pon, korg akan rasa terpegun
rasa cam di alam mimpi ja
rasa cam nak terbang ja bila2 dgr...hehehe..melampau kan..
tapi serius wehh, mmg betoi
masa di aswara dulu, bila ada persembahan dari jabatan muzik
selalunya, pasti ada seowg, @ dua owg student akan melakukan persembahan muzik
dengan memggunakan instrument depa
kalau tak dgn gitar, musti dgn piano, takpon dgn alat muzik tradisi spt perkusi (percusion)
tapi aku lebih tertarik kalau ada org yg boleh memainkan alat muzik yg jarang2
aku salu tgk, cthnya spt ERHU

rasa2 korglah, korg tau tak apa tuh erhu???
hehehe, mungkin ada yg tau, dan mungkin ada yg tidak
jadi bg yg dah tau tu, aku kira bolehlah aku salute toing2 kat korg
sb korg tau kut..hehehe
tp bg yg tak tau, meh cni aku stori sket
apa itu ERHU

Erhu (Cina: 二胡; pinyin: èrhú), juga digelar nanhu (南胡, "gesek selatan"), dan kadang-kadang digelar di Barat sebagai "biola Chinese" atau "gesek tali dua Chinese," adalah alat muzik bowed dua-tali, digunakan sebagai sebuah alat solo dan juga dalam sekumpulan kecil dan orkestra besar. Ia dalah alat yang termasyhur dalam keluarga huqin (胡琴) pada alat bertali bowed Cina, bersamaan dengan zhonghu (中胡), gaohu (高胡), banhu (板胡), jinghu (京胡), sihu (四胡), dan banyak lagi yang lain.

ia mucul pada destinasi Tang iaitu abad-7 hingga abad-10 dan popular di kawasan penempatan kaum minoroti di sebelah barat laut China pada masa itu. Dalam sejarah perkembangan selama lebih seribu tahun, Erhu selalu dimain sebagai alat muzik irama.
Erhu juga direka sepanjang 80 sentimeter dan bentuknya ringkas.
Selepas tahun 1949, penbuatan, pembaharuan dan persembahan Erhu mendapat kemajuan. kerana itulah, ia boleh dimain solo dan juga boleh dimain sebagai alat muzik irama spt yang dinyatakan di atas tadi.


semua sumber pakcik gugle....menarik kan..i likeee~~


kagum ngn akak nih....cayalahhhh

faham dah kan...
aku paling suka kalau dgr akak tpt aku blajo dulu main
tapi bila aku godek2 u tube nih
tak jpa plak performance akak tuh
jadi aku cuma leh gantikan ngn video akak yg lain
buat tatapan semua..hehe, harap2 korg berpuas ati hokeyy??

muzik itukan indah..walau datangnya dari apa saja jenis alatnya
jadik, bergembiralah...layanzzzzzzz

tamat sudah kelas seni tuk arini...daaa~~

Tuesday, December 13, 2011

wordless wednesday senaman mulut yer kawan2

Assalamualaikum u olss

jom ramai2, kita buat senaman mulot cam saya..

sedia..........



bukak mulot...ngaaaaaaaaaaa~~

tup mulot...ummmmm~~

buat sebanyak sepulohduapulohx dlm sehari

pasti akan comey macam saya..




buat jangan tak buat hokeyyy..kehkeh







"Segmen : Satu Malaysia by Azhafizah.com"

Assalamualikum u olss

menggatai kut nak join segmen nih
nak ikotkan, aku mmg payah nak join segmen2 nih
tapi tgk ja belog cik azhafizah, rasa cam menarik plak segmen nih
sb segmen nih segmen 1 malaysia kan
segmen ttg apa yg menarik yang ada kat tpt kita duduk sekarang..
jadik, aku pon ngn suka ati mengjoinkan diri
tuk memberitahu kpd u olsss sumer
apa aja yg menarik ada di terengganu nih

sila letak banner dulu yer..hehhe


kpd korang2 diluar sana kalau nak tahu aku nih asal org Kl sebenarnya
org bangsar..(cam best ja kan jadik owg bangsar)
tapi memandangkan aku dah berumahtangga,
aku terus ikut suami yg berkerja sbg tentera lalu berpindah ke jerteh
yg terletak di besut terengganu...
ikotkan dah 4 tahun jugak aku menetap disini, dan kalau ditanya apa yg menarik ada di sini
aku kira bolehlah aku kasi tau, sb aku sendiri dah pernah menjelalah kat tpt2 tuh

btw..aku akan mulakan dgn apa yg diminta oleh tuan blogger, cik Azhafizah
pertamnya ialah

TEMPAT TINGGAL SEKARANG
sekarang ni, spt yg aku kata di awal tadi, aku tinggal di jerteh, besut terengganu. kira kata aku bukan tinggal di dalam kem memandangkan masa nak pindah dulu kem dah penuh.

MAKANAN PALING FAMOUS DI TEMPAT TINGGAL SEKARANG:
sepanjang aku tinggal di sini, mengkut pemerhatian akulah... makanan yang menjadi kesukaan ramai di jerteh nih adalah 'NASI KERABU'. korag tau kan apa tuh nasi kerabu, alahh..yg nasi dia warna biru tuh. kira kata, nasi nihlah yang paling famous. siang malam kut ada jual..kat kedai makan, kat pasar malam, pasar tani, pasar pagi..musti korang akan jpa org jual nasi kerabu nih di mana2 saja. kira kata. tanpa nasi kerabu nih, gelaplah jerteh..errr..ya ka?? eh betollah..ni menu utama kot di kedai2 makan..haah, jadik, kalau datang sini, jangan tipulah kalau kata tak jpa, sebab bersepah2 kut..

keduanya keropok lekor..haah..ni kira 2 in 1 lah..nasi kerabu ngn keropok lekor..mmg famous giler. nama pon tinggal kat ganu, kalau tak cuba keropok lekor mmg bukan 'ganu kite' lah kan..selamat mencuba...

nasi kerabu yg cedapp...i likee~~

TEMPAT BEST UNTUK DILAWATI:
uisshhh, yang ni jangan cakaplah. banyak kut tpt2 yg best nak dilawati. tapi kalau korg tanya akulah mana yg paling best, aku boleh bagi 3 tpt kat korg..

1. PULAU PERHENTIAN :-
pulau perhentian terbahagi kepada 2 bahagian iaitu pulau perhentian besar, dan pulau perhentian kecil.setiap pulau mempunyai kelebihan masing2. jika ada pelancong yang mahu pergi ke pulau tersebut, mereka bolehlah menaiki bot dari jeti pulau perhentian, besut dengan hanya rm10 seorang. yang pasti pulau perhentian merupakan pulau terbaik, sama seperti pulau2 lain yang ada di negeri ini. tapi pulau ni lah yang pulau yang paling dekat ngn tpt tinggal aku. kira2 kalau dari jerteh, adalah dalam 10km-15km perjalanan sebelum menaiki bot yg ada di jeti pulau perhentian.





2. PANTAI AIR TAWAR:-
pantai air tawar terletak kira2 4km dari besut dan 3km dari bukit keluang merupakan pantai yang selalu dikunjungi oleh pelancong2 dan penduk2 tempatan. dari pantai air tawar nih, kita boleh melihat pulau perhentian, memandangkan pantai air tawar tidak jauh dari pulau perhantian. seperti di pantai2 yg lain, pantai air tawar jugak menyediakan chalet, wakaf, gerai2 makan dan gerai2 jualan tuk pelancong2 yang datang berkunjung. setiap tahun jugak, pantai air tawar selalu mengadakan aktiviti dan pesta kebudayaan cthnya spt pesta mencandat sotong..menarik wehh, sb aku pernah pergi, siap ada karaoke ngn dikir barat lagi...terbaekkk..



dan akhir sekali ialah

3. LATA TEMBAKAH:-
lata tembakah pulak merupakan air terjun 7 tingkat yang tidak asing lagi bagi penduduk tempatan dan penduduk2 yang datang dari kelantan. air terjun ni terletak di kpg simpang pelagat dekat dgn kpg jabi, kira2 24km dari bandar jerteh. air terjun kat cni mmg best, lagi tinggi tingkat yang korang naik, lagi tinggilah air terjun yang ada. kira2 50m ketinggiannya hanya pada tingkat ke4. aku paling tinggi pn naik spi tingkat 3 ja, hahhaha..mana taknya, banyak gila kut barang yg kita org bawak, ngn anak lagi nak dukung, tak larat kut nak naik tangga..kehkehkeh...
tapi, bagi yg bawa famili dan anak2 tuh, aku rasa baiklah korg main kat tingkat 1 ja, hahhahha..aku cakap macam tu sb kat tingkat 1 tu ada kolam2 takungan yg suai tuk anak2 kecik, kuranglah risiko kecederaan kalau nak banding naik tinggi2, pastu takleh nak mandi..hehhehe..
apapon, lata tembakah mmg bestttt giler..sb tempat dy sgt bersih dan suai tuk dijadikan tpt beristirehat sambil wat barbeque...kan menarik tuh..




tapi apapon, aku dah nak berpindah dah ke kedah bulan depan
hehhe..kira entri nih, entri tuk mengenang sepanjang pengalaman aku duduk di sini lah
kut2 pasni nak mai cni lagi ka tuk cuti2 malaysia, mana tau kan..hehhehe..
btw, selesai sudah menulis segmen nih
hope, sumer akan sukakan terengganu...sama seperti aku

thanks cik Azhafizah, sb beri peluang kepada diri ini..daa~~





Monday, December 12, 2011

'Jikey'...hang pernah dgr tak nama nih?? ~~takkan..takkan..huhu

Assalamualaikum u olss

bertemu kembali di dalam kelas seni arini
arini aku akan membawa korang ke utara kedah + perlis
dimana sebuah persembahan teater yg mungkin korang tak pernah tgk lagi
pernah dipersembahkan pada zaman dulu
nak tau persembahan apa..ehem2~~ intro sket...

taraaaaaa...JIKEY...
cam pelik ja bila dok dgr2 nama nih kan
aku dulu pon pelik bila dgr nama persembahan nih dari pensyarah aku
aku igtkan dulu persembahan nih datangnya dari negara luar
tetapi tekaan aku salah kut
sb persembahan ini datangnya dari utara semenanjung malaysia
iaitu negara jelapang padi kita iaitu negeri kedah yang tercinta..

JIKEY ialah salah satu daripada teater tradisional masyarakat Melayu yang sangat popular di negeri Kedah dan Perlis, Malaysia sekitar 60-an. Ia juga popular di selatan Thailand dan dikenali sebagai Likey dan popular di Satun dan Phuket.

Persembahan Jikey turut dipengaruhi oleh elemen kesenian yang terdapat dalam persembahan Mak Yong, Hadrah, Bangsawan dan Mek Mulung.

Tarian Jikey mempunyai bentuk tarian pementasan dan mempunyai dialog lucu, muzik dan tarian. Muzik jikey terdiri dari muzik dan muzik mengiringi nyanyian. Watak tertentu dalam drama jikey dikenali dengan unsur tertentu dalam muzik.
Alatan muzik Jikey biasanya terdiri daripada violin, 3 rebana, dan 2 cerik (ketuk buluh).

:wiki

JIKEY boleh dianggap sebagai satu teater komunal yakni sejenis hiburan rakyat. Sebelum lakonan dimulakan ahli-ahli korus terlebih dahulu memainkan alat-alat muzik sekuat hati mereka. Bahagian ini merupakan tempat korus ingin berjenaka dengan penonton. Ini bukanlah satu ciri yang unik dalam Jikey sahaja kerana usik-mengusik ini juga terdapat dalam persembahan teater-teater popular lain.

Ia merupakan satu bentuk teater yang menggabungkan ciri-ciri Mak Yong, Mek Mulung, Hadrah, dan Bangsawan. Penggunaan alat-alat muziknya, teknik persembahannya, pakaian, watak serta nyanyian yang membawa cerita.

:sejarah kedah

borak apa jerlah tuuu..hehhe

haahhhh, tau dah kan
besstttt tak??..aku ni kalau nama teater mmg sumer aku suka
baik dari dalam atau luar negara
nak pulak, Jikey nih bagaikan teater yg dicampur baurkan
bagi menampakkan aspek keunikan di dalam setiap persembahannya
walaupun ada gaya peniruan
namun, kebanyakkan teater pon begitu, kan...betol tak??
kalau betol..sila senyum macam saya~~~lallalalla~~ merepek2

tamat sudah kelas utk arini
sampai berjumpa lagi...daaaaa~~

Sunday, December 11, 2011

ko mmg director yg bagosss...

Asslamualaikum u olss

igt tak aku pernah tulis pasal seorang member laki yg bernama ayob azril
kalau tak igt, meh klik sini
beliau jugaklah manusia yg pernah citer antu langsuir terbang2 kat bulan tuh
arini, memenuhi permintaan cik namee yg kiut (terasa lambat plak nak tunjuk video mem den nih, puas kut aku godek2 u tube)
aku nak postkan video peta komposisi akhir aswara beliau
sblom beliau menerima ijazah dalam muzik sebulan lpas...

en ayob azril yg gojess~


jom layanzz video kat bawah...beliau sgt hebat hokeyyy..i likeeeeeeee...





semoga beliau bisa menjadi abang kacak yg membahagiakan mak beliau yg tercinta...gilalah wehh, dy sayang gila kut ngn mak dy...

Saturday, December 10, 2011

Busy Busy Busy mehhh~~

Assalamualaikum u olss

uishhhhhhh, berpeluh2 badan arini
almaklum busy mengemas barang yang tak luak2 nih
apapon separuh dari barang2 dalam umah ni dah satel dibungkus ke dalam kotak
cuma tinggal beberapa barang yang perlu di pakai je aku tinggalkan di luar
nak dekat2 pindah nanti baru nak masukkan ke dalam kotak
senang...huhu

sorilah kalau arini tak dpt nak BW ke mana2 belog
mungkin esok aku akan menjelajah balik cam biasa
arini nak rehat2 pas kemas dan makan
alamak baru teringat...lauk pon tak masak lagi..kemas punya pasal..sumer pon lupa
sian en hasben menahan lapor dan dahaga
da rupa org berpuasa plak...hehhhe

ps: arini en hasben cuti, jadik leh leh tolong mengemas secara bermuafakat, kalau harap hamba sorg...tak terkemas rasanya...hehhe..tenkiu ayangggg..muahhhhh~~

Friday, December 9, 2011

Aku bukan pencinta yg kronik!!

Assalamualaikum u olss

betol ke cinta tak perlu makna??

entri tekanan nih
aku paling pantang kalau bercakap pasal cinta
dengan org yang dilamun cinta + jiwang karat + macam dy sorg ja yg tau erti cinta agung yang sebenar
nak ikotkan, aku nih kawen atas dasar cinta jugak
jadik ayat cinta tuh bg aku meluas
bukan simple + tader drama + hepi sokmo
sb kalau ada manusia yg mengganggap cinta itu harus simple dan tader drama
maknanya, dy bukan berdiri di atas dunia yg nyata
dy mungkin skrg tgh menari2 dalam film hindustan sb cinta dlm film hindustan mungkin cenggitu (ya ka??)

aku bukan pencinta yg kronik yer kengkawan
sb aku tau langit tuh tinggi atau rendah
cinta aku cinta yg balance..
ada gado sket + romantik sket + dugaan sket + kasih sayang sket..
sb tuh idop aku nampak cam simple
haahhh, ni baru namanya simple
cinta yg simple...

tp kawan aku kata, cinta yg simple adalah cinta yg tiada pergaduhan
tp dipenuhi dgn bunga2 cinta
harus sentiasa membahagiakan kekasih, walau dgn apa cara sekalipon
agar sang kekasih tak kecewa, sentiasa hepi sokmo
kiranya perkataan gadoh tuh tak patot adalah dlm diari cinta
kerana cinta tak perlu bermakna
apakah???...cuba buka mata luas2...ini adalah kehidupan nyata yer kawan
aku bukan nak cakap aku ni pengkhianat dan memandang remeh kpd cinta
walhal aku sayangkan cinta...
bak kata p.ramlee
sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula laki bini..
apa maksud yang p.ramlee nak sampaikan tuh..musti korg pahamkan
bahagia camne pon kita, pasti kita akan diduga oleh yang Maha Esa..
dan kita sbg makhlukknya harus pandai mencari jalan penyelesaian

aku cuma nak memohon kpd rakan aku tuh
tolonglahhhhhhhhhhhh jangan bergado ngn aku pasai cinta
kata dya, cinta yang simple cinta agung kan
spi bg cth agi kat aku, kut2 aku ni tak paham
cthnya cam PGL....OMG....nak terberak aku dgr
sb setahu aku PGL lah paling banyak dugaan dalam cinta....aiyoyoyo...

kalau tidak kerana ko rakan aku
mungkin aku dah luku2 kpala ko
sb apa yg ko cakap...mmglah tak masuk akal
tak pahamlah aku...mereng sat...
ko cakap dah rupa ular kalau ko nak tau
seb baik kita cuma berbual di laman sosial
kalau dah berdepan bagai...rasa2 ada yang kena siku...

sb cinta ko ngn cinta aku langsung tak sama
sb tulah mungkin kita nih tiada jodoh dulu....
sb jalan kita mmg jauh berbeza....
ko lebih cenderung memilih realiti + fantasi
dan aku lebih cenderung memilih realiti + realiti...
untuk menguji sejauh mana ikhlasnya kita terhadap sang kekasih


ps: nak gi basuh muka sat sb suhu badan dah sampai ke kepala...cinta pada Tuhan lg bagos, yer dak???

ceta antu member aku~

Assalamualaikum u olss

aku igt lagi time aku studi dulu
masa tuh aku baru sem 3
aku ngn kengkawan aku suka dok lepak kat hall aswara
sambil dok stori bagai sblom masuk kuliah malam kira2 pukul 8 malam
aku igt lagi, hanya arituh saja yg ada kelas malam cenggitu
nak ikotkan, kelas2 lain sumer ada di sebelah siang
maklumlah, pensyarah yg ngajor tuh bukan pensyarah tetap
tp pensyarah dari UM, jadik
mungkin sb kelas pensyarah tuh sdri dah banyak di UM
jadik dia wat keputusan tuk buat kelas malam je di aswara

aku mmg tak berapa suka kelas malam
sb aku duk luar...sush kut nak balik
kena menapak sampai ke LRT melalui lorong yg tak berapa best
pikir2 balik cam seram ja..sb lorong tu tader lampu
tp memandangkan kelas tuh kelas wajib lulus
jadi aku terpaksa jugak ikot jadualnya
aku kira dah macam idop segan mati tak mau ja...aceccehhh ayat

jadik sementara menunggu kelas tu nak mula
aku ngn member2 aku, baik laki atau pompuan
sukalah dok bual2 mengenai kisah masa muda2 dulu
aku yg tader ceta best nih hanya jadik pendengar setia
dari ceta mandi sungai sampailah ceta balik mengaji pada waktu malam
last2 ada sorg member aku nih mula bukak ceta

kira2 cengginilah bulan malam tuh...takot kut...hehe


mem 1: Aku ingt lagi masa aku gi kenduri kat kampung dulu

mem 2: ceta kenduri pon ada ke...ekeleh...

mem 1: tak2, aku nak ceta antu nih...

mem 3: agak2 lah weh nak ceta antu...malam nih (sambil pandang keliling)..

mem 1: alah, takot plak...ko tak dgr agi, mana ko tau takot ke tak!

aku: (gelak2 tgk muka lawak mem2 aku) ceta je lah, jgn ko kisah ngn mamat nih...

mem 1: haah camni, aku igt agi malam tuh aku ada kenduri kat surau, aku gi lah ngn pakcik aku. abes ja kenduri, jam dah pukul 12 lebey.. kita org balik r naik moto. masa tuh plak pakcik aku dok berputis sakan ceta pasal bulan...aku gelak2 jerlah, takkan nak maki plak kan. sampai ja umah, kita org tros duk kat pangkin depan umah, gagah tuh takmo masuk umah lagi. tgh syok2 isap rokok, pakcik aku tya "yop, ko tak takot ke duk luar nih memalam..kut2 ada antu ka jerkah kita, terkincit nanti". aku pon gelak2 takot. lek ja dy ceta pasai antu masa jam nak pukul 1 pagi. tp kerana kuat iman di dada, aku biorkan je pakcik aku merepek sorg2. time tuh, kami sama2 pandang ke langit, malam tuh bulan mmg cukup bulat..bulan penuh tuh wehh..aku tak igt plak yg malam tuh malam bulan penuh. tgh syok2 tgk bulan, tetiba mata aku nampak satu benda, dok terbang2 keliling bulan tuh. aku pikir mungkin burung kut~ tapi bila ja pakcik aku cakap "bukan burung dah tidor ka malam2 gini..abes pe plak kejedahnya benda yg terbang tuh", selamba ajer pakcik aku tegor. aku dah mula rasa seram sejuk..benda yg terbang tu plak makin dekat, makin dekat, makin dekat ke arah kita org...haah...time tulah baru kita org nampak yg benda tuh bukn burung, tp langsuir...apa lagi mencicit kita org lari masuk umah..semenjak tuh kita org dah tak lepak2 lagi kat pangkin tuh, bior malam atau siang...seriau wehhhh"

kami2 pon telan liur
sb nak ikotkan kami pon berada di kawasan terdedah time tuh
bulan pon agak2 bulat jugak malam tuh
darah seram aku dah naik ke tengkuk
yg lain2 plak wat gelak2 berani cam aku jugak..
kiranya kita org nampak cam bodo2 lah malam tuh..takot2 berani lah gamaknya
sedangkan masing2 dah kecut

aku plak gi intai bulan
doa2 tader benda pelik yang jadik malam tu

aku: terok r ko yop, aku da la balik sorg2 malam nih...

sumer dok pakat gelak...
selepas kejadian tuh, aku dah tak suka dok lepak ngn dak2 laki lagi
sb aku tau, keje drg kalau tak ceta pasal muzik
musti ceta pasal antu..
wat gua canggung ja nak berjalan balik umah
berlari kut aku malam tuh...hampeh2~~



Thursday, December 8, 2011

apa tuh hanamichi??? kueh koci ka??

Assalamualaikum u olss

hanamichi.....kueh koci....???
oit2...hanamichi bukan kueh koci ek
tgk nama pon dah tau menatang tuh bahasa jepon
apapon, hanamichi jugak bukanlah sejenis makanan yer
sb pernah sblom nih ada blogger ingt yg kabuki tuh adlh sejenis makanan
sedangkan aku berdegar2 ceta pasal teater...klakor plak rasa..hahah(gelak sengal)

arini aku nak kongsi ngn rakan2
ttg tajuk entri di atas
korg2 nak tau apa tuh hanamichi..search gugel..erkk, tak2, meh cni aku ceta
kalau surh search gugel, baik toksah gatai2 tulis entri, yer dak??? huhu

lets read...

HANAMICHI merupakan runaway yang merentasi pentas kabuki yang ada di zaman edo
kira kata, hanamichi nih cam jambatan lah.
ia juga merupakan pentas extra yang dibina memanjang dari arah belakang stage sehinggalah ke arah penonton. ia juga dibina pertama kali daripada kayu pada tahun 1668 di dalam persembahan kawarazaki-ra. ianya simple dan terletak di belah kanan pentas dan penonton. namun begitu, hanamchi ini tidaklah digunakan untuk melakonkan aksi lakon, ia sekadar hiasan tetapi juga boleh digunakan oleh pelakon ketika mahu mengambil bunga dari penonton.
dari sebab itulah, hanamichi juga bermaksud "flower path."


tu dia hanamichinya...nampak tak??
(sumber cik gugel)

timang2 payung..kehkehkeh

haaaa, tahu da kan
hanya teater jepon ja yg aku rasa ada jambatan2 bagai nih
unik dan klasik...
aku harap, dengan info yg tak sebeberapa nih, korang akan lebih celik teater
agar, pasni kalau org tya
"apatuh hanamchi ek?"
korang bolehlah jawab
"hanamchi tuh jambatan dalam teater kabuki ...apa..ni musti ko igt watak anime dlm slamduk tu kan..hahhaha ( gelak dasat)"
terbaekkkkk kan...


tamat sudah kelas seni pada arini...sehingga bertemu lagi..daaa~~

nak jadik ummi dan walid bukan semudah yg aku sangka.....

Assalamualaiku u olss

kadang2 aku salu terfikir
bukan mudah nak menjadi ummi atau wakid kepada seorang bayi
pabila bayi itu sudah meningkat dewasa
pelbagai cabaran yg akan kita hadapi
sedari dia mula bertatih
sehinggalah dia mula pandai menguruskan diri

aku masih igt bila dia menangis di waktu malam
bagai tak keruan aku dibuatnya
mata bengkak jangan cakaplah..
jiwa rasa tertekan
kepala rasa berat
hati rasa pedih
namun, bila direnung wajah lembut itu
aku terfikir
selama setahun lebey aku berdoa, mengharapkan kasih sayang yang indah ini
kenapa aku bisa merungut stlh si kecil ada dipangkuanku
setelah Tuhan mengkabulkan doaku
iya, mmg bukan mudah menjadi ummi dan walid

aku suka menjadi ummi
tapi aku juga perlukan kekuatan diri
kekadang ada yg mengatakan aku nih kering hati
kerana aku ni mudah marah dan tegas bila berkata2
mungkin cara aku ini tidak sesuai kpd seorang bayi yg baru mahu mengenal dunia
namun begitu, percayalah
sekering mana pon ati aku
sekali si kecil menangis, pasti tersentuh juga hati ini
itu kerana aku masih punya hati seorang ibu
ibu mana yg mahu melihat anaknya menangis



kini aku sedar
si kecil adalah rahmat dan kegembiraan buatku
aku cuma berharap yg kami bisa menjadi ummi dan walid yg sempurna di matanya
tegas dalam ketawa
biorpun perlu meredah lautan gelora
nescaya doa yg aku pohonkan
agar si kecil berjaya
dipermudahkan yang maha Esa


We will love u always
Putri Siti Nur Zulaikha

" Jangan Tengok Camera By GENG fiQ'Ra "

Assalamualaikum u olss

nak join aktiviti ke dua pulak by geng fiqra
aktiviti meletak gambo gitewwwww
seb baik ada gambo pandang belakang..eh2..tak2..
gambo tak tgk kamera gitewwww~~

jom tgk...



+




+


sempoi tak sempoilah gambonya...yg penting pandang ke lain...hehhe

boleh menang tak rasa...hehehhe

Ada sapa2 boleh tolong den tak???

Assalamualikum u olss

aku mmg buta IT
buta tak buta sangatlah....
tp dalam kategori 50% lah aku buta IT ni
ni sb aku mula jadik tak paham bila tpt follow kat sblah nih
dah berbah gambonya
berubah yg bagaimana??
berubah kedudukan lah gamaknya
maksudnya follower aku yg ke 355 nih tader dlm senarai
sedangkan aku tau ada yg da follow aku

kira kata gambo follower yg ke 355 dan kebawah tuh da ilang
cam ilang 1 page
aku igt sgt2 sapa ja yg follow site aku nih
siap ngn gambo depa skali
bila 1 page da ilang
jadik, pasni kalau sapa2 yg follow aku
aku takkan tau
sb gambo2 tukang follow tu takkan muncul kat cni
cuma ada gambo follower lama ja

aku tak kesah kalau yg follow tu jujur orgnya
dgn tinggalkan link kat shoutmix nih
sb aku akan follow depa balik
melainkan depa tak tinggalkan link atau gambo profil depa tader link
jd mmg agak payah nak follow balik

tp aku lebeh suka, samakan gambo followers ngn link kat shoutmix
barulah ati nih senang sket nak tau sapa memain ja kata follow
atau follow secara betol

jadik kepada yg bijak pandai kat luar sana
hamba dah gigih kut mencuba mencari penyelesaiannya
kalau boleh nak gambo follower yg follow dari 355 tu ada balik
supaya aku leh tau sapa yg follow
ada yg tau tak camne nak buat
nak cari jalan penyelesaian nih???

Wednesday, December 7, 2011

"mana satu kepala, mana satu badan nih??"

Assalamualaikum u olss

memang seronok bila kita dinobatkan sbg ibu oleh doc
lebeh seronok lagi bila pertama kali kita dpt buat ultrasound di klinik
kohnon2 nak taulah yg jantina anak kita tuh laki ke pompuan..mmg jenis tak sabor2
tulah yg terjadi kpd laki bini nih
bini ngn gumbiranya mengajak si laki masuk kedalam
sebaik si bini baring di atas katil..
doc cun pon mula meletakkan gel di perot si bini
ada rasa sejuk2 kat c2...
si laki hanya memandang bila doc cun mula menggunakan alatnya untuk memulakan tugasnya
ada bunyi jantung dan gambaran baby di skrin ultrasound
si laki mula pelik2, mukanya berkerut2

mana 1 kpala, mana 1 badan...hahhahha

doc cun: ha, tgk sini sat..ni lah babynya, comey kan...(senyum sampai telinga)


bini: yer2...saya nampak...(senyum sampai telinga gak)


doc cun: (pandang laki) ni ha encik...encik nampak tak??


laki: (masih pelik2) nampak2..opkos nampak doc...hehe


doc cun: skrg saya cuma tak pasti, yg baby nih laki ke pompuan, tu ja. sb baby ni sorok2 plak ehem2 dy ngn kaki..


bini: oh ya ka doc...taper2, saya tak kesah..


laki: (masih kerut2 muka)

doc cun pon keluar

laki: ayang...

bini: ha...

laki:abang nak tya sket...errr..mana satu kepala ngn badan baby nih??, abg tak pahamlah nak tgk..tak nampak..

bini: (terkejut) haahh..laaaaaaaaa, kata td nampak2..ni bleh tak nampak plak mana kepala mana kaki...apalahhh ayang nih...potong stim ja...

laki: (gelak2) sowiiiiiiii...

hahhahhhha...kisah benar nih..
kalau ditanya kisah sapa?
paham2 sudehh.....hehehe....
ni baru kisah ultrasound, blom lagi sampai kisah pakai pampers...mmg haruuuuu..hahha

ps: jangan layan sgt entri nih....tgh busan nih..

Rebana bukan rebab yer adik...fokus2...hehe

Assalamualaikum u olss

hehe, pagi sket tulis entry
pasni banyak lagi keja nak buat
basuh baju, basuh pinggan, basuh ikha..uit..hehehe, gurau yer, gurau~~

arini aku nak nulis entri ttg instrumen yg mungkin
kengkawan sumer tak brapa nak ingat bentuk rupa dan fungsinya
besalah, zaman dah moden
jadik, segenlintir alat muzik tradisi nih kekadang bagai pupus dlm ingatan
betoi tak??? kalau betoi gerak kening macam saya..lallala~~ merepek lagi

aku nak nulis entri nih pon sb aku nak menjawab soklan
seorang blogger yg bertanya
bahawa rebana dan rebab tuh bukan benda yg sama ka??
ish3 dik oiiiiii..mentang2 depa guna uruf R di awal ayat
ampa kata yg instrumen tuh dlm golongan yg sama..sadis kut...lallala

ni bior akak kasi tau
apa bendanya rebana tuh...jom mentelaah..weeeeeeeeeee~~


Rebana ialah sejenis alat muzik tradisional yang sering dimainkan bagi mengiringi lagu-lagu budaya.

Bagi masyarakat Melayu di negeri Pahang, permainan rebana sangat popular, terutamanya di kalangan penduduk di sekitar Sungai Pahang. Tepukan rebana adalah bagi mengiringi lagu-lagu tradisional seperti indong-indong dan pelanduk-pelanduk.

Selain daripada rebana bersaiz biasa, terdapat juga rebana besar yang dimainkan pada hari keraian bagi pertandingan menghasilkan bunyi dan irama yang dikenali sebagai Rebana Ubi.

sumber: wiki

ce tgk bentuk dy, tak sama kut ngn rebab...hahhaha

manakala rebana ubi pula berlainan sedikit rupa bentuknya berbanding rebana biasa.

rebana ubi adalah sejenis alat muzik yang dikelaskan sebagai gendang, dan dimainkan dengan cara dipukul dengan pemalu. Rebana ubi lebih besar dari rebana biasa. Diameter rebana ubi adalah sekurang-kurangnya 70 cm dan tingginya hampir satu meter. Bergantung kepada saiznya, rebana ubi boleh digantung melintang atau diletakkan di atas lantai.

Pada masa dahulu, rebana ubi digunakan untuk tujuan komunikasi jarak jauh. Rebana ini diletakkan di atas bukit dan dimainkan mengikut rentak tertentu bergantung kepada berita yang ingin disampaikan, dari pengumuman majlis pernikahan hinggalah kepada amaran bahaya. Kini, rebana ubi hanya digunakan dalam upacara istiadat atau persembahan tertentu.

sumber: wiki

nilah rebana ubi yg paling fofuler di dunia..acececehh..

haah...cenggitulah citernya
hope tader yg menguap baca entri nih
kelas instrumen muzik free nih akak bg...lalla~~
sekarang terjawab suda sumer pesoalan blogger2..
diharap, kita tidak buta ttg warisan yg kita ada
warisan indah zaman berzaman yg bukan hanya duduk di muzium
tapi juga di ingatan kita...ewahhhhhhhhhh...acececehhh, skema siyotttttttt..hehe

selamat belajar...daaaaa~~

Tuesday, December 6, 2011

wordless wednesday kami berdua~~

Assalamualaikum u olss


kut2 la yer....ehem2...sapa lagi comey???









atau





sila jujur..kehkehkeh....

Monday, December 5, 2011

apa yg korg tau ttg Menghadap Rebab dan Rebab????


Assalamualikum u olss

kalau korg tanya akulah,aku bangga seh jadik anak seni
lebey2 lagi anak seni yg digraduatekan dari kolej ASWARA
gempak sehh, ada title seni tuh dalam jiwa
rasa cam hebat ja, wakakkakka..perasan abes
bermacam bentuk seni dah aku rasa time studi dulu
walaupon aku cuma diangkat sebagai ketua stage
tp aku ttp bangga dan seronok menikmati ari2 aku sbg graduan seni di ASWARA

antara seni yg paling aku gemari ialah seni makyong
seni teater yang datangnya dari kelantan
selalunya, sebelum persembahan makyong itu dipersembahkan
biasanya, pakyong, makyong dan penari2 mereka akan melakukan upaca menghadap rebab
bagi menghormati pemain dan rebab yang dimainkan oleh si pemuzik dengan melaksanakan 1 tarian
yang menjadi simbol kepada persembahan tarian makyong tersebut.

depa tgh menari menghadap rebab..unik hokeyy~


dak aswara mmg fabulous...caiyokk2

REBAB pula merupakan alat muzik yang tertua di dalam sejarah permainan muzik tradisi Melayu.
Ia dikenali juga dengan nama anak umbang di kalangan bomoh-bomoh Melayu.
Pada awalnya digunakan di dalam masyarakat Melayu sebagai
alat perubatan tradisi yang disebut main peteri .
Gesekan rebab oleh pawang menjadi sebagai penawar kepada pesakit.
Perubatan cara ini disokong oleh kekuatan jampi oleh pawang.
Bentuk rebab dapat dibahagikan secara kasarnya kepada 3 bahagian iaitu pangkal,
leher dan kepala.
Ukuran tingginya antara 7.55sm hingga 8.5sm.
terdapat nama-nama khususnya yang diberikan pada bahagian-bahagiannya.
Digunakan juga sebagai alat untuk permainan muzik tradisi
di samping menjadi alat penting di dalam permainan Mak Yong
hinggakan dalam permainan tersebut terdapat satu babak dipermulaannya
yang dikenali sebagai menghadap rebab

steady pokcik, steady..hehe
info rebab: dari keriswarisan
info tarian menghadap rebab: den sendiri ...

menarik kan..mendengarkan muziknya saja dah buat aku naik bulu roma
aku nih tak bleh sgt dgr muzik makyong nih
lebey2 lagi part yg main serunai tu
kalau bunyi rebab nih leh tahan lagi
tak tau la apsal
cam kena badi ja....huhuhuhu

apapon makyong mmg terbaekkk
windu kut diri ini nak tgk show makyong agi kat aswara
cam dolu2...weeeee~~

ini Barongan bukan grup muzik hokeyy....

Assalamualaikum u olss

jom kita blajor...tetiba
eh tapi betollah, aku mmg nak ajk kengkawan blogger tuk blajor
ttg tarian unik yg ada di duniah nih

masa studi di Aswara dulu, banyak sgt kesenian yg aku blajor
salah satunya adalah tarian nusantara
maksudnya, tarian2 yg ada di nusantara nih
pernah dgr pasal BARONGAN
nih bukan barongan band indon tuh
tp tarian barongan yg menjadik kebanggaan penduduk indonesia
tak salah kut jika mengambil tahu sedikit sebanyak tentang seni indah ini
dengan melupakan ttg pergolakkan antara negara yg menjadi isu masakini
sedey tau, sb kita nih serumpun kan.

Tarian Barongan merupakan sejenis tarian rakyat yang menggambarkan kisah-kisah di zaman Nabi Sulaiman a.s. dengan binatang-binatang yang boleh bercakap. Kononnya, seekor harimau telah terlihat seekor burung merak yang sedang mengembangkan ekornya. Apabila terpandang harimau, merak pun melompat di atas kepala harimau dan keduanya terus menari.

Tiba-tiba seorang Juru Iring bernama Garong yang mengiringi Puteri Raja yang sedang menunggang kuda lalu di kawasan itu. Melihatkan kedua haiwan itu menari, Pamong lalu turun dari kudanya dan menari bersama-sama binatang tadi. Tarian ini terus diamalkan dan boleh dilihat di daerah Batu Pahat, Johor dan di negeri Selangor. Di antara alat-alat muzik yang digunakan bagi mengiringi tarian Barongan ialah gong, gendang, dan angklung.

Tarian Barongan dipercayai berkembang di Malaysia sekitar 1722, oleh masyarakat Jawa Islam ke Malaysia. Ketika kerajaan Riau-Lingga hancur, para abdi kerajaan hijrah ke Johor Malaysia dan mengembangkan berbagai kebudayaan Melayu berkonsepkan Islam di Malaysia.

Negara Indonesia menganggap Tarian Barongan sebagai menciplak tarian Hindu Reog yang berasal dari Ponorogo kerana keduanya memiliki tarian yang agak sama dan yang utama ialah topeng dadak merak, topeng berkepala harimau yang di atasnya terdapat bulu-bulu merak. Hal ini (ciplakan) dibantah oleh rakyat Ponorogo yang menganggap para penghijrah yang bertapak di Malaysia, yang telah mempratik kesenian budaya mereka sendiri lama sebelum wujudnya Indonesia, sebagai maling.
Bentuk dadak merak turut menyerupai kavadi yang dibawa oleh penganut Hindu semasa perayaan Taipusam.

sumber: Wiki

cengginilah depa menari, nak lebey lagi, tgu ari thaipusam..hahha

menarik kan
nak ikotkan, bermacam2 lagi seni budaya yg aku nak postkan di belog nih
semoga korg2 sumer syok kot baca ttg perkara2 cenggini
sb kalau dinilai dgn betoi, pasti ia akan menarik minat kita ttg seni
yg tak pnh kita dgr..

ps:almaklumlah paper teater tradisional asia ngn tarian den dulu dapat A..bangga sehh...huahhahha menunjuk2

'INTRO PLEASE'

Assalamualaikum u olss

amacam malam nih
ada baik...tetiba~
aku ni bukannya ada idea sgt nak tulis entri
tp seb baiklah cik fiq'ra ada minta buat aktiviti intro mengintro wat pertama kali
kira cam biodata lah...kut lah..
apapon jom jawab soklan admin..:)


+



- bagi number blogger card kamu ( ada di album blogger card )
No. Blogger Card - A03fiQ'Ra06

- bagitahu nama penuh dan nama samaran
nama penuh ke..huhu, nama penuh akak Ct Nazariah Sharif
nama samaran akak plak..hehehe : CintaZulaikha

- umur kamu
umor akak baru masuk 26 tahun..muda lagi kot~ hehe

- tarikh lahir kamu ( nak tau jugak ! ) hehe
tarikh lahir akak pulak 12 september 1985

- kamu orang negeri mana?
ohhh, akak asal Bangsar,KL...~~

- asal kamu dari keturunan ape?
akak keturunan 'melayu'

- masih belajar? dimana? course?
dah lama dah abes blajo dik...akak dulu blajo kat ASWARA..

- sudah bekerja? dimana?
ohhh nop...akak mmg ada keje, tp keje duk umah ja, jaga anak..kikiki.@ suriumah tangga sepenuh masa..lala

- impian kamu yang belum tercapai?
impian akak ek.., akak nak hasilkan sebuah novel picisan lah dik, teringin sgt..

- harapan kamu dalam GENG fiQ'Ra ?
harapan akak, semoga apa yg geng fiqra usahakan, akan membuahkan hasil yg baik..tu ja..akak follow ja..hehe


abes dah menjawab soklan periksa
agak2 dpt tak 100 markah..kehkehkeh..

MENCUBA TU KAN TERBAEKKK...LALLALLA

Sunday, December 4, 2011

kad geng belog yg sgt owsem...thanks fiq'ra

Assalamualaikum u olss

terbangon kul 3 pagi plak
last2 dah takleh tido
mata oh mata...mmg ko bersungguh2 ek nak surh aku berBW
terbaekkk sungguh..

tadi, cik Fiq'ra kita dah update gambo kad geng fiqra yg baru
aku apa lagi, tros gi tgk
wahhhhhhhhhhhhhh, hasilnya mmg terbaek dari ladang
sgt owsemmmmm, suka3x
apapon, aku nak ucapkan thanks pada cik fiqra
sb menerima aku yg tua nih
tuk masuk ke dalam geng yg kebanyakan ahlinya terdiri dari anak2 muda belaka
i likeeeeee, terasa diri ini pon dah muda remaja jugak..fewittttt

pada sesapa yg terasa nak join jugak
silalah ringan2kan jari gi klik gambo kad den kat bawah nih
tros aku dah linkkan ke belog dak kecik nih
banyak kut keistimewaan yg akan korg dapat
selain dari di BW ari2...syokkkkk

geng card yg owsem...suka tau
aku dah letak kat sidebar
suai plak ngn warna skin belog aku nih...sengih sorg
jangan malu2 nak join k...weeeeeeeeeeee~~