Wednesday, November 30, 2011

Nabila...nak review sat...

Assalamualaikum u olss

aku mmg giler novel
tapi semenjak dah beranak nih ja aku dah tak berapa nak baca buku
mana taknya, baru nak selak kulit buku, anak dah terberak
baru nak buka page 1, anak dah wat lagak ngeri lompat dari sofa ke atas bantal, ko mampoo..takkan~~

jadik..sesi baca membaca nih ditunda ke belah malam
tang tu pulak, mata dah cam kena gam
dan akhirnya, buku tah kemana, aku plak kelaut...haruuuu~~

tapi apapon, aku nak berkongsi ngn kengkawan sumer
akan novel yg paling aku syokkk sampai jatuh cinta kut
masa aku muda remaja dulu
novel nih novel terbitan 'creative eterpise'
dulu, novel terbitan CESB nih mmg femes2 kut
sb tu, tak heranlah klu aku leh beli buku2 CE nih tiap2 bulan
spikan mak aku pon heran
org bagi duet belanja surh makan, tp aku gi bershuping buku plak kat kedai..aishhh
mmg dasar anak tak makan saman...

novel CESB yg paling aku suka ialah novel NABILA
terbaekk weh citer nih

ceta nih ttg gadis yg bernama Nabila yg dikahwinkan dgn seorang pemuda yg kaya bernama Hadi.
memandangkan Hadi lansung tak menyintai Nabila,jadik, Nabila dipinggirkan dan diletakkan di kamar yg berbeza. malangnya bertimpa2, bila ibu mertuanya sendiri jugak tidak menyukainya,melainkan bapa mertuanya dan adik iparnya yg masih menyanyangi dan menghormati dia sebagai menantu di rumah itu. kerana mahukan perubahan dan kejayaan, Nabila berusaha mengambil kelas malam walaupon tidak dipersetujui oleh ibu mertuanya. ketika itulah dia merasa bahagia dan tenang walaupon dia tidak dilayan baik sbg puan di rumah itu. hari berganti hari, dan masa berganti masa, Nabila semakin berubah walaupon perwatakkannya masih sama, tulus seperti anak kampung yg masih suci dan tidak disentuh. ketika itulah, adik iparnya mula menaruh hati kepada Nabila memandangkan abangnya sendiri tidak pernah mengendahkan Nabila. Hadi yg mendapat tahu mengenai perkara itu mula berasa cemburu, tidak tahu mengapa sikapnya harus begitu dan dia membiarkan dirinya untuk dicintai oleh Nabila dengan melakukan beberapa perubahan yg pelik di mata Nabila. sudikah Nabila menerima Hadi semula setelah dikasari sekian lama...

kira2 camnilah sinopsis dy, nak ikotkan aku lupa ..tp betoi kut..haha
tu yg ampa kena baca tuh, carik sendiri kot ada agi kat pasaran
nak tulis panjang2 kang, baik aku tulis novel tu tros kat cni...hahhahha
cam skema ja penulisan aku td
dah lama kut tak tulis skema2 nih..winduu..lalla

buku sbnr ada kat KL..gugel gambo kat tenet tarak plak..jadik, yg ni ja yg ado..kbai~

silalah membaca tuk menjadik insan yg berilmu..daa~

Ummi....bontot saya ada bintik lah!!!

Assalamualaikum u olss

terkezut kut baca tajuk entri
hahaha, kasi gempak pepagi ari
besalah, akukan ummi yg rock..
muka jahat hati pink..ko ada, lallala~~

kalau tgk pada tajuk entri,
aku rasa korg2 dah leh agak apa yg aku nak kongsikan di sini,
bg bakal2 mak budak dan mak budak tuh sdri
ditambah ngn bakal2 bapa yg masih terkial2 mencari buku2 parenting tuh,
meh cni, hakak nak kongsi serba sedikit mengenai
bintik@ruam yg salu dok ada kat punggung bayi dikala sedar dan tak sedar..
aishhh, payah tau kalau anak dah ada ruam..
kalau salah jaga, leh berdarah dek non bila dilap ngn kain..
cayolah..hakak dah rasa..huhu~~

lets see, cara2 nak jaga kulit bayi agar tros mulus dan gebu
sama cam masa depa lahir..layanzzz


1. Untuk bayi berusia 6 bulan dan ke bawah : jangan biarkan bayi anda memakai diapers melebihi 6 jam tanpa ditukar. Bayi berusia 6 bulan ke bawah memerlukan penjagaan kebersihan 3 kali ganda berbanding bayi berusia 6 bulan ke atas.


2. Jangan lewat menukar diapers anak anda melebihi 15 minit selepas dia membuang air besar. Ia boleh menjadi punca alahan kulit. Ini kerana apabila najis bayi dibiarkan lama, ia akan bertindak balas dengan air kencing dan menyebabkan ruam pada kulit bayi terutama yang memakai diapers dari jenis plastik (bukan breathable).


3. Galakkan anak anda ke bilik air sebaik sahaja usianya mencecah 2 tahun. Pemakaian diapers tidak seharusnya berlanjutan. Anak anda perlu dilatih lebih awal untuk memudahkan aturan dan sistem yang baik.


4. Diapers yang baik adalah diapers yang memiliki kadar resapan yang tinggi. Ini kerana setiap titis air kencing yang mengalir di kulit boleh mengundang risiko jangkitan kuman.


5. Jangan tabur bedak pada alat sulit bayi,terutamanya bayi perempuan kerana ia boleh memudaratkan saluran air kencing.sebaik-baiknya gunakan krim sahaja jika bayi mengalami ruam.


info: lampinmanjadamia

bagos tak..suka tak???
harap2 info nih sgt berguna tuk ibu2, mak2, mummy2, amma2, dan golongan2 yg dimaksudkan sekelian
semoga hari2 anak anda lebih ceria
sama cam awek kat bawah nih...sokmo hepi...lalla

"saya pon takdak ruam...weeeeeeeeeeee~~"

Classic DONUT...ce try kengkawanku sekelian...

Assalamualaikum u olss

nih aku nak kongsi resepi ngn kengkawan sekalian
resepi donut klasik yg aku copy paste dari My Resepi
donut nih tak berapa sama kut ngn donut biasa yg gebu2 tuh
nih donut ada stail amerika sket
tak sush kut nak buat
cam donut2 lain gak, bentuk still cam gelang mak leha umah sblah..hahha merepek dol

jom tgk resepi..


bahan2:
• 30g butter
• 80g gula halus
• 1 biji telur
• beberapa titik vanila oil/ esen vanila
• 200g+ tepung gandum
• 1 sudu kecil baking powder
• minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
1. Dalam mangkuk pukul butter dengan gula sehingga lembut. Masukkan telur dan esen vanila. Pukul sehingga sebati.

2. Ayak tepung dan baking powder ke dalam mangkuk lain. Buat lubang di tengah.. masukkan yg no. 1 tadi. Kacau sehingga sekata. Tambahkan sedikit tepung jika lembik.

3. Simpan doh dalam peti sejuk selama 10-15 minit.

4. Keluarkan doh tadi,taburkan sedikit tepung ke atas papan canai. Canaikan lebih kurang 8mm tebal. Guna donut cutter, terapkan ke atas doh tadi. (kalau takde donut cutter boleh guna penutup botol. 1 yg saiz besar dan 1 yg saiz kecil sebagai utk lubangnya. )

5. Buat bentuk bulat ke atas setiap donut dengan menggunakan pencungkil gigi.

6. Goreng dengan minyak panas dengan api sederhana sehingga perang.

7. Boleh juga dihias dengan coklat yg dicairkan.


kira cengginilah bentuk dy, hagak2 rangup di luar, lembut di dalam
(gambo gugel ja, aku sdri still blom try, kuang3)


cengginilah hasilnya bila dah dimasak...
santekk tak, menarik tak, sodap tak???
tuh yg penting tuh, yer dak

sila try tuk menjadi masterchef amatur yg termuka yer kengkawan
pasni leh amik ati mak mertua ngn donut klasik buatan sdri..hehhe

Tuesday, November 29, 2011

Gigih kut aku td...hampehhh bebenor lah belog nih~~

Assalamualikum u olss

respon tuk tajuk entri

belog nih cam main2 plak ngn aku
punyalah aku gigih berblog walking dari utara ke selatan
akhirnya, aku dapat kabor
komen aku masuk spam ja~
wat the fish!!!

ni musti sebab dok error jak dr td
kengkawan baik yang ada belog dah mula bertutt2 dah ngn aku (luahan perasaan beb)
sebabnya, takleh buka belog sendiri
seb baiklah, belog aku ni ada rasa hormat lagi ngn tuan dia
jd, dibukakan jugaklah belog tersayang nih tuk aku

kpd kengkawan
maap lah yer kalau komen2 sy masuk spam box email anda
gigih kut dr td berblog
hasilnya, jari den yg sakit...
sabor je lahhhhh~~~ aishhh



aku penat ker, belog ni yg penat..musykil..

wordless wednesday kelesss hakak termenung~

assalamualaikum u olss















kut2 menung apa ja dak kecik nih..aishh~~

sungguh pink belog ini...hahhaha (retissnyaaaaaaaaa ~)

Assalamualaikum u olss

headher baru penuh klimaks yg direka khas oleh diri sendiri..sila tepuk tangan hokeyy~~

hahhaha, jgn bengkek kut tgk tajuk entri
saja nak lepas gian letak tajuk retisss gitooo~~
bagi yg mana tak kenal aku lagi
yg mana baru2 dok memolow belog aku nih
ni ha aku nak kasi tau

aku tak berapa minat PINK hokeyyy

tapi kalau tgk ja belog nih
musti korg dah cop2 aku ni penipu besaq
sb keseluruhan warna yg aku dok pakai, dok tacap kat belog nih
99% pakai warna hello kitty
ahhahhahhhaha gelak retissss lagi

bukn aku sengaja, atau suka2 ya amat nak pakai warna nih
tp memandangkan, belog nih ada unsur2 famili, manja2 hayam + baby ikha yg cumey
jadik, aku kira, pink nih tema terbaekkkk kut wat masa nih
mana tau, kut2 bulan depan aku tukr plak background lain
haaa...warna skema2 aku pilih
bior korg gelak besaq bila bukak belog tak berapa nak maju aku nih~
baru korg plak retissss cam aku, hahhahha gelak jahat

k lah, yg mana suka singgah2 kat cni tuh
silalah jgn termuntah bila dok baca entri2 kat belog nih yer
maklumlah, hamba budak baru belajar
kalau salah, jom tunjukkan...hehe
jadik sama2lah kita memperbaiki diri dan belog sendiri
agar menjadi TOP 5 slps blogger BEN ASHARI (betoi ka aku eja)..hahha

sekian...sila klik iklan nuffnang saya yer...opss - gurau jer~~


Monday, November 28, 2011

ce citer pasal KETOPRAK... hehe

Assalamualikum u olss

terlalu banyak persembahan teater yg aku pelajari sejak zaman studi dulu
tapi, sayangnya aku tak pnh nak kongsi ngn rakan2
mungkin sb aku anggap sumer yg aku belajar tuh cuma tuk time studi saja
tak perlu kot nak kongsi2
sedangkan jika ianya dikongsi
mungkin dapat membuka mata masyarakat mengenai budaya yg tidak pernah kita kenal

ada banyak kut jenis2 teater yg aku blajor dulu
lebihan pula, teater nih bukan ada di asia tenggara saja
malahan melangkau sampai ke benua barat yg besaq giler tuh
teater yg ada kat malaysia ni sdri pon dtg dari negara luar
percayolah, org kita lebih banyak meniru dan mengambil seni dari luar tuh
dan diolah dijadikan sbg persembahan kita sendiri..cthnya cam 'main puteri',

tapi apapon kat cni aku nak berkongsi sedikit mengenai teater yg datangnya dari INDONESIA yg dinamakan KETOPRAK.

KETOPRAK amat fofuler okey di indonesia. sampai ke hari ini pon, teater tuh masih dipersembahkan tuk pelancong2 yg datang berkunjung ke tanah jawa tuh. menarik kut persembahan dia, kebanyakkan stori yg disampaikan mereka adalah mengenai sejarah tanah jawa dan dewa dewi mereka sendiri. paling menarik, mereka menggunakan unsur komedi dan emosi yang ingin disampaikan melalui teknik lakonan.

apapon, ketoprak kebanyakkannya dipersembahkan secara berhijrah di kampung2, memandangkan time tuh mana ada kut tv2 kat umah. jadik, ketoprak nih dah jadik macam satu unsur hiburan tuk org2 kampung di tanah jawa. pemain ketoprak yg berhijrah dari satu kampung ke satu kampung yang lain tuh dipanggil sbg KETOPRAK TOBONG dan KETOPRAK TONIL. mereka ni samalah seperti sebuah sarkis yg bergerak seperti yg ada di negara barat.

kostum, gamelan (alat muzik hokeyy), kerusi dan beberapa alatan props yg lain memainkan peranan penting di dlm persembahan selain dari TOBONG sendiri sebagai pentas untuk mereka melakonkan aksi.

gambo nih amik kat cik gugel k..salinan sdri tader kut..hahha

lawan bang, jgn tak lawan..haha

huhuhu...kira kata, ketoprak nih cam MAKYONG gak lah
cuma bezanya pon, telor bahasanya ja..
ce pikir, kalau2 makyong cakap jawa, tak ke haru oghe kelate nak paham..hahhaha

Sunday, November 27, 2011

Kabuki (歌舞伎)..ampa pnh dgr tak pasal teater nih???

Assalamualaikum u olss

(歌舞伎 kabuki?)korg rasa korg tau tak apa maknanya, huhuhu. bagi manusia spt aku, harus kut aku tau, sb sumer ni pnh diajar ketika aku di kolej dulu.

bagi sesapa yg masih tidak tahu. Ha, ni aku nak kasi info sket, mengenai Kabuki, iaitu sebuah persembahan teater jepun yang dipersembahkan semenjak zaman EDO lagi. Kabuki atau kata nama lainnya TEATER TARI KABUKI merupakan sebuah persembahan tarian yg unik dengan mempunyai style di dalam persembahan tariannya. setiap pergerakan yang disampaikan semuanya melalui pergerakan tarian dengan memaparkan watak2 menarik melalui tatarias makeup yg unik menikut karekter..

bagi setiap individu Karekter Kanji, Kabuki (歌舞伎) mempunyai maksud yg tersendiri iaitu bermula dari kanan iaitu nyanyian (歌), tarian (舞), dan skill (伎). ia juga kadang2 di definisikan sebagai 'seni nyayian dan tarian'.

Apapon, Kabuki juga dipercayai telah diambil dari perkataan 'Kabuku' yg bermaksud 'belajar' atau 'keluar dari kebiasaan' . dengan pakaian dan makeup, mereka pada awalnya membuat persembahan di jalanan sebelum ia menjadi sebuah persemabahan teater yang dipersembahkan di istana2 dan akhirnya berleluasa di seluruh kerajaan jepun.

female kabuki

produksi teater shibaraku..


terbaekkk, bagos gak kut kekadang belajor ttg teater luar
tak guna kot simpan ilmu, elok disebar2kan rasanya
keep learning...daa~~

Saturday, November 26, 2011

comey tak saya...hehe

Assalamulaikum u olss

gatai bebenor anak dara nih
nak pakai kaca mata walid dy
dy pikir dy comey~ LOL mmg comey pon!!! huhu






opkos saya comey...sila jelesss~~


ada gaya artis tak???? lallallalla~~

Friday, November 25, 2011

Tahniah pada pemenang ~ i am anime crazy

Assalamualaikum u olss

takmo cakap banyak
cuma nak memberitahu ttg pemenang
yang berjaya menggondol adiah
yg seperti dijanjikan dulu


pemenang tuk contest 'I am anime crazy',
mungkin pengumuman ini nampak terlewat
sb aku sendiri banyak benda yang nak diuruskan buat masa ini
tambahan pula, kami sekeluarga akan berpindah secara terkejut bulan hadapan
jadik, kemungkinannya, adiah akan dihantar lewat dari biasa
tapi aku still nak umumkan pemenangnya
dengan harapan, si pemenang akan menampilkan diri
dgn menghantar alamat ke email yang akan diberi
ataupon, sila letakkan alamat anda di ruang komen ini sahaja



dengan ini diumumkan, pemenangnya ialah




TAHNIAH...


sila bg alamat yer dik ooiii...
akak akan poskan secepat mungkin kalau boley
tu pon kalau2 dah siap berkemas bagai nti...

Thursday, November 24, 2011

bagai dilambung OMBAK RINDU plak...hehe

Assalamualaikum u olss

tersentuh hati aku wehh
dok dgr lagu nih
mmg menikam kalbu
terasa cam diri ini pon dilambung ombak sekarang
cuma tak leh nak karam
sb aku kena lambung pon dalam mimpi...kehkehkeh

tak sabar nak gi nonton ceta dy
walaupon ada ura2 mengatakan ceta dy tak sama cam dlm buku
humm...tu hak masing2 kut nak kata apa
sb aku cuma nak try tgk ja
and hope ceta dy tak gagal cam lagenda budak setan...serius cakap..


selamat bergenang air mata
hahhahha....layanzzz~~

Wednesday, November 23, 2011

musim dy dah sampai dah...

Assalamualaikum u olss

sekarang musim ujan
abeslah jemuran aku
rasanya dah 2, 3 kali aku angkut baju keluar masuk dari umah nih
bila nak masuk musim panas balik nih


humm..ujan oh ujan...

ps: peliklah, mata aku tak plak nak tido ujan2 cenggini..

Tuesday, November 22, 2011

Hati secubit terluka...

Assalamualaikum..



hati ini secubit terluka
walaupun dasarnya nampak gembira
kerana terdetik di hati bahawa

benarlah kata sahabat
cinta pada Allah-lah yang kekal abadi

mood: terasa nak muntah...benci...geram...dan SABAR...

Monday, November 21, 2011

Harimau Muda...caiyok2

Assalamualaikum u olss
aku dah target
paling bangang pon 2-1
kasi hentam itu olang
kita musti jadik Juara....

caiyok2 

HARIMAU MUDA


Saturday, November 19, 2011

Proses mengemas bermula sekarang~

Assalamualaikum u olss
memandangkan masa tinggal sebulan ja lagi
skrg nih dah start pikir barang mana nak bungkus dulu
bukan apa, ni sb kami akan balik ke kpg pertengahan bulan 12 nih
jadi, hope separuh dari barang2 kat umah nih dah dibungkus
dan dimasukan kat dalam kotak
huhuhu...bulan ni akan jadik bulan yg amat memenatkan buat diri ini

bila pikir2 balik
ada betulnya jugak kata2 laki aku dulu
tak payah gatai2 nak beli perabot banyak2
mana taknya, 4 tahun sekali musti kena pindah
dan sekarang dah jadik kenyataan
kan penat kut nti nak mengangkat
nak2 plak, umah yg nak duduk nti umah flat
tingkat ats plak tuh
huahhahahhha....terbaekkkkk~~

tapi bila tgk ja barang2 dlm umah nih
fuhhh~~ lega sket rasa
sb taklah banyak cam yg dipikir
kalau masuk lori pon
mungkin separuh ja penuhnya
alhamdulillah...taklah berketul2 badan bebudak tu ngangkut barang2 nih nti
hehehhhe~~

angin dah mula berubah
rasa2 ikha leh tak dapat kawan baru kat sana nti...
aminnn...

Posting jugak akhirnya~ well done ayang

Assalamualaikum u olss
huhu, tetiba pagi nih laki aku bagi tau yg surat posting dy dah sampai
wahhhhhhhhh...syok ooooooo
selamat gak akhirnya dy naik pangkat
dan dapat jugak kami pindah
walaupon tpt yg kami kena pindah tuh
tpt yg lansung kami tak jangka
mana taknya
asalnya laki aku minta pindah ke bukit luncu, johor
takpon, ke sg besi, KL
alih2 dpt surat posting pindah ke Kepala Batas, Kedah
Kepala batas...huhuhuhu

nak tya korg,
kepala batas ngn alor setar dekat tak?
rasa2 kepala batas ada peluang keja tak tuk aku
huhuhu...tu plak soklan aku ek
apapon, aku bersyukur sb posting jugak akhirnya
takmo pikir2 banyak

kat mana kepala batasnya?? ke mata aku yg  tak leh pakai


alhamdulillah...



kedah...we will meet soon...daa~~

Thursday, November 17, 2011

Family Comes Here ke Family Outing nih??? konpius aku~~

Assalamualaikum u olss
manusia yg giler rancangan korea cam aku nih
mmg salu tertanya2
kalau2 betol ke nama rancangan yg tertulis kat tv tuh
ataupon rancangan tuh mmg ada 2 nama
pelik kan...

pernah sekali blogger Wamozuwaha tulis psl perkara nih
time dy bosan2 dulu
dy ada kata yg dia tgk 'famili outing'
dan menurut aku,aku pasti yg rancangan tuh
rancangan yg sama aku tgk kat tv iaitu 'famili comes here'
bukan ke tu rancangan yg sama?
sb ahli2 yg ada dlm rancangan tuh sumer ahli2 yg sama ada dlm 'famili outing'
egeggerrr,, kalau betullah nama rancangan tuh sbnrnya 'famili outing'
maknanya One HD ni lah yg da buat silap
letk tajuk ikot suka depa ja..

rancangan famili outing nih mmg klakor
sb depa memaparkan pelakon2, penyanyi2 dan pelawak2 terkenal dlm rancangan tuh
tujuannya tuk membantu keluarga2 tpt depa menginap nti
disamping melakukan aktiviti2 yg lucu dan mencuit ati
mmg banyak bda gila lah yg depa buat
sampai kekadang skit2 perot aku tgk..hahhaha

pepon ianya mmg rancangan variasi yg kelakar
kalau tak cayo gi tgk sdri
skrg pon dah masuk musim baru
besttttttttttttt~~





perut memulas...haduhhh~~

Assalamualaikum u olss

2,3 arinih
perut asyik memulas ja
aku ngn tandas tuh cam dah jadik teman tapi mesra ja
dlm kata lain, umah ke2..huhuhuhu...sadis tol
makan apa ja jadik tak kena
naik lemah2 badan nih...
punca??a
tu yg tak tau tuh...
takkan sb makan sardin kot
ke pulut
ke ayam masak merah????
merepek2 dah aku...

sgt lemah...
nak tulis pon da tarak idea
layan perot pya pasal...huhuhuh

Tuesday, November 15, 2011

entri tak bermotip~



yg ni mmg totally muka bosang...wakakkakkak

Assalamulaikum u olss
gilalah, malam2 cenggini, elok je kucing2 kat luar nih mengeram
mengamuk, mengadakan hubungan tutt~~
sampai aku rasa bulu roma nih dah tegak semacam
mana taknya, bunyi depa pelik semacam
dahlah bilik tidur nih ngadap tempat parkir kereta
jadik, kucing2 tuh rasa cam dekt ja ngn bilik aku...uishhh
nak ehem2 pon, pilihlah tpt yg strategik sket...potong stim aku nak guling2 ja...

semanjak dua menjak nih
sibuk bebenar rasa
sedangkan bukan keje pon...keje melanguk depn tv lagi adalah
akibat dirundung kebosanan yang mencabar minda
semua benda jadik tak kena
tu yg tetiba jadik cbuk tuh
nak BW pon da tader mood
lagipon mmg otak nih cam da xpired
dah tader bda nak stori yg best2
bila tgk ja belog org lain
rasa cam rendah diri plak
tu yg buka ja, tros logout balik...huhuhuhu

tapi rasa cam tak best plak bior belog ni bersawang kan
kalau tak apa guna aku buat belog
biorpon aku tader ceta yg menarik, tertarik ko mmg dabomb
hope, korg rajin2 lah singgah cni
klik mana yg patot
semoga sedekah amal jariah tuh membawa keberkatan kpd sumer, kehlehkeh

k la, babai...nak pujuk suami nih
gi karnival upin ipin kat KT
yahuuuuuu....

Wednesday, November 9, 2011

wordless wednesday kuda pusing~

Assalamualaikum

ikha says: "jom pusing2 naik kuda...hehaehhe"



dah naik, bantai takmo turun...aduhaiiiii~~






Monday, November 7, 2011

aku mmg tader bakat berlawan~~huhu

Assalamualaikum u olss
tgh dok syok tgk chalangger muay thai kat tv
terigat plak aku time skolah2 dulu
time tingkatan 1, time baru2 akil baligh
member2 sumer dok cbuk nak masuk kelab pandu puteri ngn PBSM
aku dok gatai pegi masuk kelab tae kwan do
bukan ke gatai namanya tuh...gatai nak kena tumbok bak kata cik hanny esandra

tp dah gatai dan suka giler punya pasai
aku pujuk mak aku beli baju tae kwan do kat kedai professor, pasar seni
mak aku yg agak2 terkejut dgn keinginan aku pon
takleh nak wat pe, bantai dy belikan baju tae kwan do WTF tuk aku.


korg2 pon sendiri tau kan
tae kwan do nih berasal dari korea
tujuannya tuk mempertahankan diri
dan atas sebab tulah, aku teringin nak cuba benda baru tu
asyik2 masuk PBSM ngn pandu puteri ja
apa barang...tak rock r kan~~ gedik

ari pertama kelas, kami diajar dgn latihan asas
latihan menumbuk dan menendang
Dari aspek teknikal, tujuannya tuk membentuk teknik-teknik tertentu
dengan menggunakan anggota badan sebagai senjata.
Seseorang itu akan berupaya menyerang dan mengalahkan lawan
dengan menggunakan tangan, penumbuk, siku, lutut, kaki mahupun
bahagian-bahagian tubuh badan yang lain.

haah, dgrkan ajer kata2 tok guru yg ngajar tuh,
buat aku lagi bertambah syok nak terajang org
tp malangnya, panas tak sampai ke petang
sb dalam darah aku nih
mmg tader bakat berlawan
mana taknya, dahlah kerempeng, kecik, pasang kuda2 pon cam kayu
sekali kena tendang, dah tercampak jauh ke belakang
boleh kata sepanjang tahun tuh
aku ni dah jadi cam punching bag tuk member2 aku
tak ke menggerutu ati tuh

igt lagi 1st time aku berlawan
aku lagi banyak mengelak dari menyerang
asal bangun ja, tumbang tak sampai sesaat
nak kata lawan aku tuh besor sgt
sedang2 aku ja pon, mana taknya, member skolah rendah aku ja kut~~
tp, tumbukkan dia mmg power
tak sama cam rupa dy
seminggu gak aku berurut nak ilangkan lenguh2 badan
mak dah mula bebel2,
aku plak wat dunno ja
almaklum, keras kepala + nak tambah pengalaman idop
mmg cenggitulah sikapnya...huhuh

apapon, mmg cam yg aku cakap tadi
aku mmg tader bakat nak berlawan
walaupun aku cam gangster ja masa skolah dulu.
jadi, masuk ja tingkatan 2, aku tarik diri dari kelab tuh
dan berhijrah balik ke kelab PBSM.
walaupon rasa sedey, rasanya tu kut yg terbaik buat aku
sebab mak aku dah banyak kali pesan
"kalau cenggini lah caranya, ko urutlah badan ko sdri pasni, malas mak nak layan~"
huyoooo~~ apa kes? teraniaya diri ini tau
hehhehhe...tu ceta akulah
korang plak camno, time skolah dulu ada gatai2 perangai tak cam aku??? hehhe




Sunday, November 6, 2011

daging qurban dah jadik kari daging..hamek kaw~~

Assalamualaikum u olss
hhuhuhu...dengan segala hormatnya
daging qurban yang disedekahkan olh jiran tetangga semalam
dah jadik kari daging hari ini
ketaq tangan aku dok terima daging tuh
sb seumur idop aku, blom pnh lagi aku masak daging
nilah pertama-tama kali aku nak try
nak tgk, ada rupa kari daging tak pas aku masak nti~

tapi berbekalkan menu masakan dari pek kari daging yg aku beli
aku dapat gak lah wat kari daging ikot cara beliau
dan rasanya, huahhahhahhahha...boley tahan apa
bagi masterchef amatur cam aku tak bleh blah~

terubat gaklah rindu laki aku nak makan kari daging
asalnya, aku nak amik gambo kari daging tuh
tp bila dok pkir2 balik....huhuhuhu...biorlah rahsia
jadik, tu ajerlah storinya tuk raya qurban nih
aku dan kari daging
percubaan yg baik, tuk ari yg baik....merepek


"halo2....jom dating~"


chiowwww....


Saturday, November 5, 2011

salam aidiladha buat semua....

Assalamualaikum u olss
menjelang sudah aidiladha
kat jerteh nih, raya qurban mmg meriah
kebanyakkan depa wat qurban di umah sendiri, kat masjid ngn surau
tak nampak plak aku
mungkin sb depa wat qurban tuk anak beranak
atau sedara mara sendiri
jadi lebih kepada keluarga..
kalau nak ditengok2, setiap rumah kat cni
musti ada tumbangkan lembu sekor
uihhh...kayo betoilah depa2 nih~

berbeza ngn KL
depa wat qurban reramai
salunya masjidlah paling gempak bila buat qurban
lembu2 depa spi berekor2
cukup tuk 1 kawasan kat bangsar tuh
alhamdulillah...

tp apapon
aku mmg tak kuar umah la
ni pulak nak gi meraikan kemariahan qurban nih
almaklum, beranak kecil mmg payah
ditambah pula dengan laki yg berkerja
jd aku beraya korban di uamh jerlah
korban kemeriahan beraya bersama suami tercinta
dan juga keluaraga di Kl dan Johor
sedey....

walaubagaimanapun
aku nak ucapkan salam aidiladha buat semua
semoga hari arafah ini
membawa sebarang pengertian buat semua
keinsafan dan pengertian akan maksud korban yg sebenar iaitu ikhlas kerana Allah swt.




aminn...

Friday, November 4, 2011

siapa yg pandu nih~gegegegrrr

Assalamualaikum u olss

siapa yang pandu nih
anak ka bapak??? hehehehe~











sy pegang stereng...awak ada???? hehehe


sabau jerlah~~



Wednesday, November 2, 2011

apa nak buat nih wehhhh????

Assalamualaikum u olss
lama dah tak menaip
mana taknya, cuti belog seketika
kang klu menaip yg merapu2 pon tak guna juga
kan~

semalam gi maydin
tgk ada jual barang baru
baekkk punyer plak tuh
kalau barang cenggini banyak berada di pasaran
nescaya lagi maju jayalah negara tercinta kita nih
huhuhu~

dalam kata lainnya, jimat sket duet poket laki aku...huahhahha...


kedai 1 Malaysia dah beroperasi la wehhhh...terbaekkk~~
I lap U Malaysia...