Sunday, January 30, 2011

Nak beli tilam...Mak nak dtg...

Ada lebih kurang 5 ari lagi mak ngan adik aku nak dtg sini..Bila tgk jer kat dlm bilik, cma ada dua bantal jer. pastu toto. Takkan nak bagi mak tido atas toto plak.

Walaupon mak ni jenis sempoi, tapi yg jadi tukang ikot tu plak yg kurang sempoi, sapa dia? iya, itulah adik aku. Jadi baiklah aku beli tilam.

Kira2 duet cam cukup..aminn..Nak beli tilam besar. Muat tuk 2 orang..

baekk punya cadar tilam..tak tido malam la gamaknyer...

p/s: asal tgk tilam ngantok, asal tgk tilam ngantok...apakah???

Saturday, January 29, 2011

Tolonglah jangan buka kopitiam klu makanan kamu ala2 ajer...

Semalam gi beli barang sket kat Econjaya, disebabkan diri ini malas giler nak memasak jadi diri ini mengajak 2 buah ati gi makan kat mana2. Kata diri ini makan kat gerai pon taper la, jadi buah hati pon cakap

"Jom kita gi makan kat kopitiam jerteh"

Tapi bila buah hati tgk jer ke langit, buah hati tarik balik kata2 dia, katanya ari nak ujan, jadi buah hati bagi saranan pergi makan kat tempat yg dekat2 je ngan umah.

Diri ini pon stuju ajer, maklumlah diri ini malas da nak pikir, yang penting makan.

Jadi Buah hati pon gi la cari beberapa kedai makan dan kami setuju utk stop kat Lily kopitiam yg agak dekt ngan umah kami.

Diri ini yg mula2 tak mo makan tetiba rasa nak makan plak bila buah hati order chicken chop. Jadi kami pon orderlah 2 chicken chop, carrot susu, teh tarik ngan french fries tuk buah hati kecik.

Agak lama menunggu, pelayan antor makanan kami, diri ini pon mula terkebil2 bila tgk chicken chop tu lain macam jer. Buah hati pon gitu, nak gelak rasa serba salah plak sb makanan dah ada depn mata. Wlupon chicken chop tu baru harga RM8, tapi apakah chicken chop tu seharusnya begitu (hangus beb...huhuhu).

Nasib baik kami tak ngambik pic chicken chop tu time tu. Kalau tak musti kami leh tunjuk kat anda2 sumer. Mungkin pekerja tu nak bagi masak bahagian dlm, jadi dia tak pikir pada bahagia luar, huhu..sedey weh..

Airnya plak, walaupon buah hati kecik nampak cam best je minum carrot susu tu..tapi bila sampai ke lidah diri ini, diri ini hanya mampu bersabar..kurang carrot dan kurang susu. Begitu jugaklah dgn air teh buah hati . Buah hati hanya geleng pala..kata kami, "ini last kami datang cni"

Sebenarnya, diri ini cuma nak kata, kalau tak pandai masak bda yg tak pnh masak, janganlah jadikan makanan tu cam resepi utama, sebab itu malang namanya...

ikha jer yg rasa best minum carrot susu nih...huhu



p/s: tertekan dgn makanan tuh...uwaaaaaaaaa....

ikha ke iyaa??...hahhahha


just for laugh....huahhahha..

ikha yg sangat kiut....lebih kiut daripada biasa..

1st time ikha pakai tudung paling lama..budak kena biasakan, kalau tak nanti payah nak ajor..yer tak??

dan 1st time gak ikha menyebut namanya..Ewahhh...


Friday, January 28, 2011

Arini rasa mahu happy2, tapiiii...

"Kan best klu kat jertih ni ada fun fair..."

boley gak gi naik bumper car..




p/s: mata da semakin bengkak..keje ngedit blom selesai..uwaaaaaaa

Thursday, January 27, 2011

kerja editing yg menggoncang iman....

Aku paling suka keje editing, lebey2 lagi keje editing yg membabitkan novel. Tapi bila aku dah terima 1 job nih, aku tak sangka plak novel yg kena aku kena edit ni kebanyakkannya terdiri daripada unsur lucah...mak aihh, tertekan sekejap.

Aku diminta oleh pihak tersebut agar mengurangkan unsur lucah dari 80% ke 30%, camne den nak buat tuh?? dah la den ni jenis tersentap.

Bila baca jer da rasa seram2 sejuk, bulu roma yg tak mo naik, tetiba jer naik..hampagas betoi..

Tu baru yg nak disensorkan, blom lagi yg citer alam mistik, hadoiyai....nak edit memalam pon rasa kurang selesa, rasa cam ada jer yg memerhati den, bley g2.

patutlah time aku terima job ni dulu, pihak tersebut ada mengingatkan

"jangan baca memalam, takot nti tak ley tido plak, kihkih"

Sah, mmg aku tak leh nak tido mlm. Asyik teringat2 jer.

Bukan aku tak suka citer seram, malahan aku terlalu suka. Tapi kalau dah diselang selikan dgn kisah 18SX, SG dan selebeynya, apakah?? nak saja rasanya tarik diri.

Tapi aku masih lagi waras dari nak tarik diri sb aku tau yg aku ni org susah, jadi apa guna diploma penulisan yg ada kat dlm lemari kalau tak digunakan skrg. Rasanya kerja mengedit dari rumahlah kerja yg terbaik aku leh wat skrg, dgn harapan pihak tersebut tak nipu aku, sebab kalau drg nipu, alamatnya kunyah makanan tak begigilah gamaknyer..ingat, saya sangat garang tau!!

teringin nak bikin citer seremmm gini..

p/s: Usaha tangga kekayaan...huahhahha

Wednesday, January 26, 2011

KEROPOK IKAN UNTUK DIJUAL

Keropok ikan jerteh memang amat sedap dimakan. Ini kerana keropok ikan jerteh mempunyai lebih ikan dan kurang tepung. Ianya juga rangup dan lambat untuk masuk angin. Keropok ikan ini juga datangnya dari 3 gabungan makanan laut yang sedap iaitu ikan parang, udang dan selar kuning. Tidak salah untuk anda mencuba kerana ianya amat sedap, rangup dan murah..yang pasti, LEBIH IKAN, KURANG TEPUNG


jenis yang paling sedap dan murah..



Sebungkus RM 3.00

Juga boleh dibeli secara borong

1 kotak - 20, 30 @ 50 bungkus ke atas

Bagi 20 hingga 30 bungkus, penghantaran boleh dilakukan secara percuma bagi semenanjung Malaysia, tidak termasuk Sabah dan sarawak.

Bagi 50 bungkus ke atas, penghantaran pos boleh dilakukan secara separuh harga bagi semenanjung Malaysia, tidak termasuk Sabah dan Sarawak.

p/s: Jika pelanggan mahu membeli lebih dari 30 bungkus, harga yang ditawarkan boleh dirunding..

Sebotol sos cili percuma (khas dibuat utk keropok ini) juga akan diberikan kepada pembeli yang membeli lebih daripada 50 bungkus. Rasanya pasti lebih sedap berbanding sos cili yang biasa dipakai di rumah...percayalahh!!

sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan lanjut:


siti: 0177872730

Kamera Nikon...huhuhuhu..

Semata2 sungguh famili aku nih, hihi...

Kerana kamera fon laki aku dah tak leh nak dipakai, aku cadangkan kepada laki aku

"yang, beli ajerlah fon baru"

dia jawab

"tak mo lah, fon ni leh pakai lagi"

aku soal balik

"abis, camne kita nak amik pic keropok tuh"

dan semata2 kerana keropok, kami beli kamera Nikon, huahhahha..

Tujuan kami membeli kamera tu bukan kerana apa, tapi hanya kerana bisnes yang kami nak cuba buat. Memandangkan aku sorg suriumah dah senang nak on9, aku cadang kat laki aku yang aku nak jual keropok secara borong memandangkan kami tinggal di jerteh..(keropok jerteh sedap wehhhh...cayalah cakap aku)

Bukan mudah nak mulakan bisnes baru...modal yang disangka hanya akan bermula 2.50sen dan jadi 370.00 plak, huhuhu (kira kamera tuh termasuk modal lah....yer ke??)

Lagipun bagus gak kami beli kamera tuh sebab buln 5 ni ada sedara yg nak kawen dan buln 2 nih famili aku nak dtg cni, jadi leh r amik gambo sesama...hihh (motipp...kihkih)

cantek tak, murah jer pon....dari tader kamera..



p/s: selamat bergumbira dan selamat beramal...:)

Tuesday, January 25, 2011

Baru aku perasan...

Masa Ikha dok syok main purse aku, baru aku terperasan yg dalam purse aku tader pic dia..

Patutlah dia salu belek purse aku, yg ada pon cma pic aku ngn walid dia..halololo..

"taper cayang, nanti ummi gi cuci 1 pic ikha letak dlm purse ummi k.."

muka kena air sungai..kihkih


p/s: udah 2 tahun baru nak letk pic anak lol...

Monday, January 24, 2011

syoknya mak ngan adik nak dtg melawat...

Semenjak aku kawen dan duduk di terengganu, aku salu rasa tersisih. Mungkin kerana aku tak pandai bergaul di dalam komuniti nih, aku ni loghat lain, drg plak loghat lain, jd bila bercakap rasa cam ayam ngn itik plak.

Wlupon mak cik penyewa sblah umah sgt baik ngn aku, tapi aku ni tidaklah begitu pandai nak berbual. Melainkan mak cik sblah ulur kat aku sepinggan makanan, for sure aku gi amik, takkan nak tolak rezeki kot..hahahha..

Dari hal itu, aku salu pujuk mak atau adik aku datang ke sini memandangkan aku susah nak ke KL. (fuyooo..kampung den kat KL..huhu). Setelah agak lama memujuk, akhirnya mak dan adik aku setuju nak dtg sini dengan syarat aku kena bawa mak dan adik aku jalan2 sekitar terengganu (haduihhh...)..

Tu sumer tak mendatangkan masalah selagi mana mak dan adik aku setuju nak dtg sini. Aku rela menjadi tour guide sepanjang drg ada kat sini..hihi. Bukan senang tau nak minta drg dtg cni, almaklum sibuk 48 jam..

Lagipun aku sian ngn mak, semenjak muda, mak tak pernah gi jalan jauh2. Bukan aku tak mo gi jemput mak aku sdri kat KL, tapi kami sdri tader keta..jadi aku berharap mak leh datang ngan bas dan aku akan jemput mak kat stesyen bas. itu ajerlah yg terbaik aku leh buat.

Apapun aku hepi mak ngn adik aku nak dtg cni.....

salah satu tempat yg kami nak terjah...huahhahha

Yehaaaaaaa huuuuuuuuu...mak nak dtg, mak nak dtg....

sakit kepala den...hadoiiiiiii

Arini iaitu tadi, kepala terasa sangat berdenyut2, rasanya dah lama gak kepala aku tak camni..arini la baru kepala ni gatal2 nak sakit.

Tapi yg peliknya kepala ni sakit belah kiri jer, belah kanan langsung tak rasa apa, seolah2 cam kepala bahagian kanan ni saja nak gelak2kan kpala blah kiri (merepek2 la pulokks)

Btol kengkawan, lepas telan je panadol, aku minta laki aku tolong urutkan. Nasib baik laki aku tak koje arini, kalau koje, alamatnya terpaksalah aku mintak tolong ikha..bley gitu, hihi..

Nak gelak pon terasa plastik jer bila laki aku dok buat lawak time tgh tgk citer bujang sepah lalalitamplom...apapun nak kasi sedap ati, aku senyum jer (senyum ada maknan ya...huhu)

Apakah puncanya sakit kpala nih, nak kata tak makan dan menyebabkan masuk angin, rasanya tgh hari tadi aku da makan, malam ni tadi pon aku sempat lagi sebat yong tau fu ngn bega abg medan..ha tak banyak tuh. Bagi manusia sekurus aku, rasanya makanan tu dah berlebey2 da.

Tapi kpala ttp sakit. Mungkin ini dugaan Tuhan, jadi redho jer la..

tgk pon da rasa cam lapaq...



Alkisah dari hal tadi, rasanya malam ni aku nak tidoq awal sket, nak kasi rehat ini kpala..tak mo da berjaga spi kul 4, tobat aku tobat...huhu..

Sunday, January 23, 2011

lapor tahap kronik...alkisahh

Alkisah menunjukkan jam dah pukul 4 pagi, mata sbnrnya dah ngantuk tapi sengaja bagi tahan, semata2 nak YM ngn kawan2 skolah ko bley buat cam aku, hakhakhak

Tgh syok2 berYM tetiba perot main lagu gendang irama wayang kulit..huhu. Sguh tak ku sangka, lapor aku dah tahap kronik. Nak kasi ubat senang ajer, (bukan makan yer kawan2, tader makna nak masak pepagi ari gini..ko sdri pon tak nak, kan3???), tutup mata, bawak2 la tido. musti ko da tak rasa lapor, cayolah..

Buat apa nak susah2 pikir pasal makanan dlm peti ais, nak masuk dapur takut, jadik baik masuk tido, perot keroncong pon ko saja yg tau..hahah..

lapornya anak den..huhu

Jadi apalagi, selamat tido kengkawan...

Saturday, January 22, 2011

Hari sabtu dan game PS

Hari sabtu tiba lagi..huahahhah. Tader apa aktiviti yg nak dibuat arini. Laki aku malas nak kuar jalan2, mungkin sebab dia penat jadi dia nak lepak2 kat umah je.

Aku pulak, abis jer wat keja umah, trus garu2 kpala, tak tau nak buat apa. Laki aku plak cpat2 tidokan ikha dgn tujuan nak try game yg baru kami beli 2,3 ari leps. Kalau ikha terjaga, alamatnya tak merasalah nak main game, asyik kacau jer.

Laki aku dok try game baru beli tuh, sumer plak tader wrna itam putih jer, alamakss, kena kencing plak ngn org kedai tuh..(siap la ko budk, aku dtg balik kat kedai ko nti).

Laki aku tukr game lain, game bola kata dia. Aku plak jadi penyokong. Bila dipikir2, rasa mcm game bola ni mcm perlawanan sbnr plak. aku bukn suka sgt game bola nih, ni kan pulak mmg perlawanan bola sbnr..

famili kartun pon npk kiut...



p/s: Petang yg membosankan lol...

Friday, January 21, 2011

Sibukkan diri dgn perkara yg menyeronokkan...

Today, aku sgt seronok tuk menyibukkan diri dgn kerja2 yg aku suka. Dah lama rasanya aku tak rasa hepi gini, thanks to En Asrul kerana memberi peluang kpd aku untk berpartnership dgn beliau..huhu.

Beliau tlh bercadang utk membuka sebuah blog baru utk dijadikan blog penulisan khusus utk eNovel terbarunya F.A.K.E . Aku yg amat teruja dgn citer beliau tlh menawarkan diri utk menjadi ilustrator beliau (btw, i sgt suka keja edit mengedit). Walaupun dlm masa yg sama beliau tlh mengajak aku utuk menjadi penulis bersama, tapi aku rasa baik aku menolak, kerana aku tak berapa pandai dlm bab2 fesyen (sori En Asrul...).

gempakss tak?? F.A.K.E babe...


Kini aku rasa sangat gumbira, dgn idea yg bertimbun di dlm kpala otak ini, aku rasa tak slh utk aku membantu apa yg patut..yg penting kami akan berusaha utk menjadikan blog itu sbg blog eNovel paling diminati..InsyaAllah..

p/s: kpd rakan2 blog ini, kalau free2, kunjunglah blog baru kami tuh, sokongan anda amat kami hargai..nantikan aku letakkan nama blog tuh..check it out...

Wednesday, January 19, 2011

Tom Hanks..Forrest Gump..hmm syok gak nih..

Aku tau yg citer ni dah agak lama..tapi salunya citer yg menang banyak anugerah adalah citer yg terbaik, betul tak apa yg aku kata?

Jadi sat lagi aku nak tgk Forrest Gump dgn ikha, saje nak penuhkan masa yg terluang sebelom aku tidokan ikha..(aku pon nak tido, tapi tak ley arrr, tu yg nak tgk cd tuh..)

"life is like a box of choclate, u never know what you're gonna get"


selamat menjamu selera..tetiba

p/s: sgt suka Tom Hanks semasa muda, beliau sgt jambu dan berkaliber...huhu

Seribu Mawar secara eNovel...hmm..apa pendapat??

Aku sbnrnya ada sebuah novel yg aku takot nak antar kat publisher..mungkin sb novel tu tergantung dan aku tader masa nak sambung. idea ada, nak karang ayat tu yg payah.

Jadi aku rasa baik aku publish kat cni secara on9..wat tontonan umum. tapi bak kata En asrul, dia tau undang2, jadi jangan gatal2 nak copy, nti aku saman tau..huhu

Jadi dgn cara ini, mungkin aku akan ada peminat dlm diam (harapan tinggi nih) dan aku ada masa tuk karang sesuka ati aku. kalau rasa nak publish arini, aku publish, kalau rasa nak publish next week aku leh publish..yg penting citer tu tak terperap dlm file...

tunggulah kedatangannya..SERIBU MAWAR utk korang sumer..lalalla~~

cantek tak I edit..huahaha




p/s: novel on9 sgt menyeronokkan..yehaaa..

adik aku sudah single..sapa nak masuk jarum, mai jpa aku..

Baru2 ni adik aku ada bagitau aku yg dia da putus ngn balaks dia...aku ckp kat dia, ngapa dia putus? dia tak mo citer, kata dia ko takkan paham kalau aku citer..jadi aku yg nak paham tadi pon trus la malas nak paham..huhu

Aku sian ngn dia, nak kata dia ni buruk perangai, tak la plak. Cuma dia ni hangin sikit..tapi hangin dia ni hangin bertempat.

Bukan mudah bagi adik aku nak memulakan 1 perhubungan, dia seorang serius dalam perhubungan, tp ada gak kelembutan. Kira kata dia juga bukan jns memaksa, kalau nak buat aweks tu mmg best la, adik aku ni mmg sempoiii...

Tp adik aku juga bukan suka dipaksa, dia manusia tidak suka cemburu..tp dia juga tidak suka ditipu dan disakiti. Mmg la aweks gitu, mana ada aweks yang suka ditipu, yer tak??

nilah dia adik aku yg kiut, tp aku double kiut la,
mna leh lwn tokey, yer tak??kihkih



Akhir kata kalau korg rasa korang nak berkenalan, meh la hubungi aku..hihi memandai-mandai plak aku ni, kalau tau adik aku ni gerenti aku kena debik maut hihihi...




p/s: sebenarnya, aku tader citer, kira ni ajerlah entri terbaik buat masa nih, huhu..

Tuesday, January 18, 2011

Timer kaseh cik hanny esandra...kerana awak, malam2ku begitu gempaks sekali..

Segelintir orang tahu yg laki aku keja tak kira masa, kekadang 12 jam, kekadang office hour dan kekadang plak 24 hour. tu bermakna yg aku akan tinggal sendiri kat umah ditemani ikha yg tido seawal jam 10pm.

Jadi apa yg aku nak buat selepas ikha tido..ya itulah persoalannya. hanya masa ini sajalah masa yang paling sunyi dan relax wat aku. aku leh santai2 smbil main game, on9 FB dan jugak YM.

Tapi cuba korang pikir, sapa ajerlah yg nak YM ngn aku malam2 buta gini..yang pasti sumer mem aku bekerja, jadi da ttu2 mereka2 akan tido awal. Jadi aku pon mulalah mencari mangsa yg turut leh berjaga cam aku, yang leh jadi kacang antu sesama dan akhirnya aku ketemu..hahaha..tak lain tak bukan cik hanny esandra, penulis paling cun abad ini.

Memandangkan dia seorang penulis dan juga seorang gangsta yg rock (wa caya sama luuu babe) aku amat suka ngaco dia di waktu mlm. ajak main YM, ajak main game, tapi yg paling penting YM r..sb dia ni senang nak diajak borak.

Ada sajer citer yg kami akan bualkan, dari hal cintan cintun sampailah ke hal2 peribadi yg korg mungkin tak mo tau..kihkih.

Tak pernah pulak aku sangka yg aku akan serapat ini dgn dia, melalui YM plak tuh, sedangkan kami tidak sering berjumpa. Dia junior aku di kolej dulu, gila2 orangnya malahan badannya kecik jer. Suka makan, suka katak, apa lagi yg dia suka..haa! dia paling suka menulis..menulis novel.(promote npk..hehe)

Apapun life di waktu malam akan gelap tanpa dia..sebab aku sedar yg aku sendiri di rumah, suami bekerja dan tiada tpt untuk aku berbual. Hanya dgn Cik Hanny lah tpt aku berkongsi cerita.

Thanks Cik Hanny Esandra, anda sgt baik dgn saya..persahabatan kita ini akan saya kenang sampai bebila..

Rajin2 gi lah blog Cik hanny..nak bg URL pon da lupa. Kat c2 byk sgt novel dia yg leh korang tgk...huhu

cik hanny esandra, ikha dan aku yg kiut miut lagi jelita..  



gud nite everyone..tetiba kan...

Monday, January 17, 2011

semalam yg penat

Semalam keluar pergi jalan2..tapi agak lewatlah sebab laki aku nak tido dulu. Sebaik jer bangun, aku cakap, "jom yang, kita gi jerteh, kata nak cari barang" hahaha, proses nak abiskan duet pon bermula.

laki aku pon gi la siap2, mandi, pakai baju biru, spray minyak wangi banyak2 spi idung aku pon leh rasa nak tersumbat. nasib baik minya wangi tu mmg sedap baunya jadi aku pun usha jer dia, dia tya "kenapa yang?" aku pun cenyum "gaya dah mcm org muda" dia pun terkekeh2 gelak. nasib baik laki aku jadi leh la nak buat apa pun, cubit pipi ker, tepuk dada ker, yg penting tader gosip, yer tak??

laki aku pon terus nunggang moto, bawa kami gi jalan2. aku igt dia nk bawa kami ke jerteh, rupa2nya dia nak bawa kami ke KB. hadoiyaii, sakit gila pinggang aku duk kat blakang, mata plak ngantuk..nasib baik laki aku best, dia stop kat stesyen minyak, belikan aku coklat supaya aku rasa cergas..hahah..

sampai je KB kami gi koperasi tentera dulu, amik duet. kemudian terus ke bank, amik duet asb aku, tujuannya nak shoping2 baju ikha dan baju aku.

masuk jer KB mall, laki aku kata, "jom gi McD yang"..tanpa membuang masa kami order prosperity bega dan Big Mac..huhu, nyumm2. Kenyang sgt..


sangattt sodappp

lastly kita org msuk Paciffic..cari2 baju ikha yg cumey2, jpa sepasang aku trus bayar..masa tu lah aku tgk laki aku tgh kejar ikha. Ikha protes tak mo balik, dia siap baring kat atas lantai tanpa gerak2. laki aku panggil, tarik tangan ikha tapi ikha ttp tak mo bangun. utk mengelak org melihat, laki aku trus dukung ikha, dan ikha tergelak besar..fuhh, nasib baik ikha gelak bukan melalak, kalau tak alamatnya laki aku lah yg pujuk, aku pulak..cabuttt..hihihi..

kami singgah skjp kat Popular book store, nak cari buku misteri remaja sblom balik. tgh sibuk dok milih, ikha pon gtl milih sama. tgk gaya cam ikha dah pandai baca..jadi aku ckp kat ikha, "pilihlah, nak yg mana?"..ikha pon tnpa segn silu sambar buku nvl..tergelak besar aku tgk.

aku ajk ikha pegi bahagian buku kanak2, aku tjuk pda ikha sebuah buku keluaran PTS, besar gile bukunya tp sgt cumey. mmg suai tuk ikha baca, pikir aku. tajuknya "kemana perginya?" hasil tulisan Alia Nina. dgn ilustrasi yg gitu, jgn kta ikha, aku pon suka. cantik sgt.

sgt kiut buku ini..lalala
biarlah kita berhabis duet tuk anak kita blajar dari membeli mainan dan tak sampai sebulan dah jahanam..
yer tak??

kami pun balik dlm keletihan...tak mo da jln esok..nan tido jerr..

Sunday, January 16, 2011

tetiba jer mesej ngan aku..apakehal???

Sudah agak lama aku tak nulis blog..bukan kerana apa, tapi sebab line tak begitu membenarkan aku nulis blog..huhu.

Jadi arini aku dapatlah nak update blog dan bercerita ttg FB..hahaha...FB oh Fb, disebabkan ko aku dpt bermesej ngn mamat yg pnh aku suka dulu..time tu aku skolah rendah & dia tinggal se flat ngan aku, huhu..kelakor kan.

Bukan aku yg start gatal2 mesej ngn dia, tapi dia yg start tya kabar aku, tya kat aku mana aku tinggal, dah kawen ker, bape org anak? npk sgt masa msj ngn aku tu dia baru nak belek2 profil aku, kalau tak ngapa lambat sgt dia tya bila aku kawen, yer tak??



Aku yg tak mo keruhkan suasana (sebab aku agak bengang ngan mamat ni, dia agak perasan hensem semasa di skolah menengah)terus ajer melayan dia. aku pon tya, dia da kawen ke dan soklan2 biasa yg lain.

Bila nak diingat2, baru semalam aku bercerita ttg mamat nih ngn suami aku yg tercinta. Tentang betapa aku tak suka ngan kepoyoan mamat nih. Tak sangka plak mamat ni nak bertanya kabar ngan aku.

Hmm, tapi tu citer lama. Dah lupa pon, dan aku aku harap tu sumer jadi kenangan yg tak berapa manis buat aku. huhu..

Apapun, lantaklah, dia pon da kawen, aku pon da kawen..sama2 happy sudah..yg penting kita doakan yg baik2..


tata
Assalamualaikum...

Wednesday, January 12, 2011

nak fresh punya...tapi macam mana??

Sekarang ni aku tgh berusaha sekeras mungkin utk mengabdikan diri kepada novel misteri kami...biapun agak terlewat dr member2 aku yg dah punya buku kat pasaran, namun aku rasa aku tak mahu mengalah.

Tapi masalahnya sekarang aku semacam buta bicara dan kata. tak tahu apa yg nak ditulis, apatah lagi nak menyusun kata2 yg cantik dan baru.

Mungkin kerana otak ni dah berkarat dan ditambah pula dgn pembacaan yg dah lama ditinggalkan membuatkan aku susah untuk mengatur bab yg pertama.

Aku cuma boleh berharap agar mendapat sokongan dari En Asrul dan buku bersiri hardys boys..kalau tak, mungkin aku akan ketinggalan, ketinggalan jauh nun kebelakang..


Jadi macam mana aku nak mendapatkan sesuatu yg fresh tu..kepala dah makin buntu..



Ummi yg tak tau nak kata apa..

nak beli radio lah...

nak beli radio lah, dpt yang kecik pon tak per..asyik tgk tv jer, dah naik bulat mata aku..

dpt yang kecik pon takper la, asal radio..

p/s: ayang belikan saya radio...tak pon, ada sape2 tak nak adiahkan radio kat aku??


Monday, January 10, 2011

benci betul masak ikan goreng...

Benda yang paling aku tak suka masak ialah ikan...apapun jenis ikan lah..hate, hate, hate sgt..

Nak tau sebab apa, sebab ikan tu akan memercikkan minyaknya hinggalah terkena pada tanganlah, badanlah, dan paling tak leh blah, kat muka..huhuhu, trauma akakkk...



Tulah msa belom kawen tak nak blajo masak ikan, ni dah beranak 1 baru gatal2 nak blajo masak ikan...ikan oh ikan...

Bila nak dipikir2, budak2 kat dalam junior masterchef australia tu lagi pandai masak dari aku..masak steak la, masak kek la, masak lasagnia la, byk r lagi..hahh, jadi aku nak tya korang, korang bley?? budak umur 8-12 tahun tau, bukan 20-45 tahun...huhu, sungguh malu diri ini.





Apapun kita digalakkan utk belajar, biarpon dari bawah. Mana ada orang yang tetiba jer dah terer masak..kan, kan?? jadi haruslah berusaha kerana usaha tu tangga kejayaan..hihi..



ummi yang berusaha..

Sunday, January 9, 2011

i like artis Malaysia......hihi

Walaupun aku lebih gemar dok ngadap citer omputih, disamping mengadmire pelakon-pelakonnya, aku pon tak lupa untuk meminati pelakon2 malaysia kita sendiri..

Sape kata artis malaysia tak encem, jangan pandang drg sebelah mata tau, baik buka kedua belah mata luas2, jadi mungkin korang dpt melihat keencemman drg tuh..hihi(puji melambung nampak kak ct nih..kihkih)

dulu time skolah, aku punya gilalah dgn Zachry X factor, yang paling tak leh hengat bila aku gi tampal poster Zachry tu kat fail tusyen aku, hakhakhak..punyalah jatuh cinta separuh nyawa..sampai kengkawan pon suka nak gelak-gelakkan aku. tapi aku wat dunno jer, lantaklah, fail aku, bukan fail diorang, yer tak??



Pastu bila muncul jer cerita EZORA kat TV, aku mula jatuh hati ngan Fezrul Khan, hakhakhak..Ni lagilah gila, aku siap gaduh2 ngan adik aku mengatakan yang Fezrul tu mmg kelas atasan, tip top, A punyer..mmg bestlah kalau dapat dijadikan pakwe, musti aku tak bagi org lain tgk, simpan dlm kotak kaca jer, bley gitu (psiko punya org..kahkahkah)



Kemudian muncullah pulak si Ashraf Muslim, mamat jambu yang mebuatkan aku mula jatuh hati bila dia berlakon kat dalam cerita CINTA SEMPURNA kat astro. Suka betul aku tgk dia berlakon jadi ustaz, dan yg terbaru ni bila dia belakon jadi ustaz Amirul, bertambah2 lah cinta aku kepada dia..suka bangat, suka lakonan dia, suka penampilan dia, suka dia...hehehe(perasannya akuuuuu...lalal~~)



dan yang paling tak leh hengat juga ialah Faizal Tahir...aduhhhm mendengarkan nyanyian2 dia, aku leh kemaruk waktu malam..ni mmg btol2 punya suka..tiap malam musti aku dgr lagu2 dia, kalau tak aku tak leh nak tido..sukalahhhh..muka macho, muka sgt macho..eh macam dah cakap jer tadi...arghhh pedulik, muka yang sangat macho...cayang kamu Faizal Tahir..



Lastly pada abang Fizz Fairuz...aduhai, walaupun muka dia tak lah sejambu mana, tapi dia juga bisa memanah hati ini..kenapalah cerita NUR KASIH sgt2 membawa kesan di hati aku, aku pon tak tau nak kata apa..dari mata ini tak kenal abg Fizz, akhirnya mata ini kenal juga..suka sangat..i likee...



Tapi sejauh mana pun aku dok syok kat drg, aku ttp tak akan dpt drg, yg aku dapat hanyalah angan2 sajer..mana mungkin drg nak pandang aku, lbh2 lagi aku ni mak org, hakhakhakhak...berangan sudehhh..

Apapun ayang aku jugak yang maintain, encem, penuh kasih sayang dan ia ternyata bukan mimpi sb dia milik aku sorang..tiada pelakon yg dapat mengatasi keencemmannya, dialah 'A', dialah hero malaya dan dialah bapa kpd anak aku..ayang mmg best..XOXO..



cayang ayang...lalal~~

Saturday, January 8, 2011

harini aku dapat adik angkat baru yg kelakar...

Dah agak lama jugak aku berkawan dgn 1 budak nih, kalau tak silap budak nih budak kedah dan yg paling penting budak ni mmg hantu game. Aku bukan pernah kenal dia secara bersemuka, cuma pnh kenal dia melalui YM dan FB.

Ni semua bermula bila aku mula2 belajar main YM dulu. Masa tu adik aku yg ajar. aku yang sememangnya tader member terus gatal-gatal gi amik email dari YM adik aku dan jadikan drg member2 aku.

last2 aku pun tersangkut ngn sorang budak nih, dari gaya ayat mmg nampak cam dia seorang yang lawak wlupun kekadang lucah semacam. Apapun setelah lama mangenali aku brulah dia tau yg aku ni lagi tua dr dia dan dia pon mula menghormati aku..bagos takk..

en sufi gonjeng...

bukan senang tau nak jadi adik angkat aku..hanya manusia terpilih jer yg mampu..bley gitu..

apapun dia budak kedah yg lawak dan byk membantu aku dlm menaikkan lavel game fb ngn cepat...suka sgttt...

thanks fie, akak hargai pe yg fie buat tuk akak..walaupon kita tak pnh berjumpa tp akak ttp suka berkawan ngn fie..:)

aktiviti untuk minggu nih...

Aktiviti untuk minggu nih adalah sesi memerah otak mengeluarkan seberapa banyak idea untuk novel misteri remaja yang nak dihantar ke PTS (ko bley..lalalal~~)

terima kasih kepada En Asrul Ilham Sany yang mengajak aku berganding bahu mebuat novel ini, tak sangka yang diri anda amat mempercayai aku..aku kagum dgn anda (dlm kata lain ,kalau lewat antar jgn mara haahhh)

Apapun akan aku usahakan bersungguh2 agar novel kita tu tak la macam hampeh tapi up giler..bak kata nabil "A punyer~~"

Kalau rasa2 ada idea terpendam dari pembaca, sila mai komen kat sini, aku tak kisah sebab aku sgt open..tapi kena igt idea haruslah tiada unsur2 18sg dan sebagaimana yang tertakluk pada no 18 tuh yer...ini novel budak skolah jadi haruslah sopan2 belaka..




sekian blog kali ini..nak gi perah otak jap...tata..


ummi tertekan..

Friday, January 7, 2011

ada satu soalan musykil??

Aku ni bukanlah pandai sangat bab2 agama nih.. tapi disebabkan rasa ingin tahu yang mendalam aku nak jugak tanya..kalau kita pernah berhutang, berhutang time sekolah2 dulu, lama dahh dan kita tak pernah bayar lagi, jadi sekarang ni baru nak bayar, boleh tak kita bayar dan masukkan kat tabung masjid jer. Sebabnya aku dah lama benar tak jumpa diorang, dah tak tau dah apa cerita.

Sememangnya kita memang patut cari si pemiutang tuh, tapi aku rasa cam dah lama benar. Dah tak tau apa jadi ngan diorang, Nak minta halal pon susah sebab yang aku hutang tu pon cuma seringgit dua jer..Jadi persoalannya leh tak masuk tabung masjid jer, menggantikan orang yang kita tak jumpa tuh??



konfius la aku nih...nak tanya ustaz segan plak. korang tanyakan bley tak??? kuikuikui


ummi yang terkeliru..

Wednesday, January 5, 2011

jiwang karat loozerrss...yer ke??

Adakah aku seorang yang jiwang karat loozerrss?? oh tidak, aku jiwang biasa2 jer, tu pon masa muda2 dolu. Aku tak pandai nak jiwang, laki aku apatah lagi..kami tak dilahirkan dan diketemukan untuk jiwang2. Kami ni jenis lasak, advanture sana sini, gi genting nak moto, gi balik kampung aku naik moto, gi balik johor naik moto, dalam kata lain tak pnh r naik kenderaan lain..

Yang bestnyer pas dia bawa, aku plak yang bawa..gitulah selalu, bantu membantu bila badan dah penat bawa moto. Apa ingat tak penat ke bawa moto dari kl ke johor, johor ke kelantan..boley patah pinggang tau..jadi kami sememangnya semenjak sblom kawen dikenali sbg rocker..

Itulah perkara paling best yang berlaku sepanjang percintaan kami, drama jangan katalah, always berlaku, tapi sat2 jer sb aku tak pandai nak merajuk lama2, tu yang husband I suka tuh, kikikihh..

Aku igt lagi ada one time tuh laki aku ajak gi beli barang, aku ingatkan nak beli apa, rupanya nak beli jaket kulit BELL baik punyerr..mahal tuh, tapi yang hampehnya kami hanya pakai 2 kali jer, pastu duk berabuk dalam almari, kahkahkah..bak kata mak aku, munah jer perangai bebudak nih.

Dan yang paling bestnyer juga dia pon pernah bagi aku flowers..rose gituu..tu yg paling tak leh sangka r sebab laki aku ni bukannya pandai bab2 bunga nih..besar tuh, sampai member2 hostel naik cemburu ngn aku..bley, hakhak..itulah namanya surprise tak diduga, aku pon tak sangka dia nak buat gitu, dok bagi depn hostel plak tuh, naik merah muka aku time tu, timer kaseh cayang sb wat gitu..



Apapun kami ttp bukan jiwan2 punya org, kami ni steady, tapi romantik kena ada, kalau tak mana timbul perkataan " Ayang jom kita kahwin" dulu2, yer tak?? hahaha..

Syok bila mengenang pengalaman cinta..lebih syok bila dikenang bersama yang tersayang.



Syukur kepada Tuhan, tahun ni bulan 7 insyaAllah masuk 4 tahun perkahwinan kami. Thanks to Allah..

pic zaman remaja yang penuh cintan cintun...

Bila menengokkan pic yang diamik time blaja nih dulu..aku baru tersedar yang rupa-rupanya skema gak aku time bercintan cintun dulu..muka ayu jer bila time amik pic nih. Seingat akulah time ni aku dah bertunang agaknyer. Masa ni aku wat cadangan ngajak laki aku gi amik pic kenang-kenangan tuk tatapan di hari tua, laki aku yang mmg tak banyak cerita pon on ajer..sukanya aku time tuh.

5 kali snap jer kami dah hasilkan 1 pic yang amat terindah buat aku masa tuh..dia dgn baju uniformnyer dan aku dgn baju kurung pinjam member aku, hakhakha..almaklumlah masa tu aku tader baju kurung warna biru, jadi aku gi la menebal muka dok pinjam dari member tersayang..nasib baik member sempoi dan memahami, jadi alhamdulillah, nampak serasi bersama jer pic tuh...huhu..

Tapi bagi nak menampakkan lagi kebestsan pic tu, aku nekad nak buat pic tu nampak cam 'old school'...biar warnanya dari warna 'sephia'..baru mantapp. Lantaklah mata orang lain nak kata apa, yang penting akak suka..hahaha...



suka tak??? hehehe...i love this time...banyak sangat bunga2 cinta, drama dan yang penting bahagia...lalalal~~'cupid fly when i make a smile'..lalalla~~



ummi di alam fantasi...

Tuesday, January 4, 2011

ikha mmg tak suka sungai...sejuk le katakan....

Tengoklah gelagat 2 beranak mandi sungai...seorang menyakat, seorang kena sakat...huhuhuhu..


risau tengok air dah sampai ke buku lali....nak wat pe nih???


Harini laki aku keje 24 jam..tinggallah aku ngan ikha jer kat umah. Habis jer aku lipat2 selimut aku terus gi masuk dapur nak jerang air tuk mandi ikha..tgk2..ya Allah!! air dah naik sehh..humm, apa lagi cepat2 r aku gi lap sana sini, takut nti bila si kecik tu masuk dia plk yg tergelincir..lagi haruuu...

Aku bukak plak pintu depan, MasyaAllah, air dah naik betoi..mikir2 balik, dah la kami tinggal berdua jer nih, karang kalau dah naik air sampai ke keting kaki apa hal plak dgn kami berdua dan perabot2 baru kat umah nih?? oh no..

Mintak2 la air tu tak naik tinggi kalau tak terukla aku nak angkat mesin basuh kat dapur tuh..(nasib baik umah ni tak banyak perabot lagi)

Apapun alhamdulillah...syukur kepada Tuhan yang punya kuasa..


ummi yang agak2 risau..

TV pon dah baru....

Tadi dengan sesuka hatinya kami telah membeli TV baru..boley gitu. Dalam masa tak sampai sehari kami dah berabis duit cam gitu ajer..tu lah namanya kalau kemahuan dilebih-lebihkan. Tapi kami tak salah sebab kami ada rezeki sedikit jadi tak salahkan beli TV baru (sedangkan yang lama elok lagi tuh, huhu).


Laki saya kata: "Teringin nak beli TV leper tuh"

Saya jawab: "Banyak duet ayang!!"

Laki saya kata balik: "Eh, bukan kita ada 5 rat ker?"

Saya jawab balik: "ingat cukup ker 5 rat nak beli TV leper, merepek jer!!"

Begitulah perbualan kami. Dari 1 kedai ke 1 kedai kami mencarik TV besar dgn harga 5 rat jer, dan akhirnya dapat juga TV 29' dgn harga 449 ratus sahaja..boley..boleylah dari tak dapat.

Kami manusia yang pandai berjimat cermat dalam membeli barang letrik..biarpun jenamanya hanyalah jenama cap ayam..

Bak kata sebelum2 nih, pandai2 jaga sudehh..btol tak..


ummi yang masih teruja...

Monday, January 3, 2011

DVD baru....

Tadi masa gi KB kita orang gatal2 beli DVD baru sebab DVD lama tuh dah meragam, wat hal tak ttu pasal. Kami ni bukanlah jenis manusia yg suka sgt tgk DVD sebab laki aku selalu tader kat rumah dan aku plak asyik melayan ikha. Jadi manalah ada masa kan..


Tapi tadi buat kesekian kalinya, kami beli DVD ngan cd2 nyer sekali, kohnonnya nak tgk MAGIKA..iyer la, org kata "best weh, best", jadi nak tgk r apa yg best dan hasilnyer..sori nak kata la, sinematografi jer yg best, cerita dia biasa2 jer yer (bukan nak ngutuk tapi itu hanya pendapat)..buktinya, laki saya nak tido bila tgk, dan saya plak, dok garu kepala tak abes2..tapi apapun menarik jugaklah...


Yang penting dah ada DVD baru biarpun jenamanya jenama cap ayam, jadi kenalah jaga bebaik agar ianya baik2 selalu..



ummi yg teruja ngn DVD baru...

p/s: jenama meck jer..pernah dgr tak?? hahaha

tgk pic makcik nih...ada berani?? huhu

Tadi sblom keluar gi KB, sempt gak aku snap beberapa pic (beberapa apanya, byk tuh..kuikui), kohnonnya nak buktikan yg aku ni makcik yg cun..harharhar..

Taklah, sajer je nak seronok2 amik pic, nak ngabiskan memory kad suami aku..hihi (takmo amik ngn fon sdri, susah..hihi)

Suami aku jeling jerk kat aku, siap bagi warning tuh

"jem lagi lagi fon tu nanti!!" hikhik, aku senyum jerk. Lantaklah, yg penting snap jugak..

ni lah antara pic2 tu, takmo letk sumer, karang tak terloading plak latop nih, dah r line lembab cam sipot sedut..selamat menghayati...hihi