Sunday, October 31, 2010

apalah nasib kalau dah tak berkerja


Tau tak kalau tak ada kerja tu maknanya bosan, geram, bengang, tak ada masa depan & lastly tak ada duet, uwang, pitih dah yg sewaktu dgnnya.

Ngapalah aku bley diam selama 3 thun ni tanpa berkerja, korang tak heran ker??

Aku ni jenis manusia yang tak bleh duduk diam, tapi bila dah pindah ke sini jadi semacam kaki ni diikat...tak bleh nak gerak ke mana-mana.

Bukan aku tak bersyukur yang aku diberi cuti yang panjang, tapi sampai bila aku bleh tahan dgn cuti panjang nih, yer tak??

Bila dipikir2 dah jadi macam satu kesilapan besar buat aku..

Tapi bila dipikir2 utk kali kedua, ntah aku jadi blank plak sebab aku yang nak, bukan org suruh pun aku jadi gini, lantas...apakah??

Hmm..asyik tulis blog je merungut, tulis blog jer merungut...nampak sgt aku ni jenis manusia yg tak bersyukur dgn apa yang telah ditetapkan, btol tak??

Kerja ni bukanlah satu hal yang main2..

Lagian nak kerja sambil punya suami dan anak, ianya perlukan pengorbanan yang besar

BETUL TAK??

Jadi tak payahlah bercakap pasal nasib atau qada dan qadar yg dah ditentukan, kalau ada rezeki musti aku akan kerja juga akhirnya, yang penting sebelum umur 30thn. Kalau dah lebih, baik aku duduk rumah jga anak jer...alahai...


ya salam...

Friday, October 29, 2010

geram tol....grrrrrrrrr


Arini aku ngan dia dah gaduh besar...geram la, takder mood nak update blog..tengok muka dia rasa macam nak telan dia hidup2..sakitnya hati nih....

KETAGIH..apa nak buat??


Gilalah, bukan sejak sekarang, tetapi memang sejak dulu aku suka gila main game PC. Tetapi tak apalah sebab dulu aku bujang, tapi sekarang aku dah kawin dan penyakit ketagih main game tu semakin menjadi-jadi, apa nak buat ha?? Leh bagi cadangan tak.

senarai game yang aku main

1. didigames.com

2. gamesforgirls.com

4. miniclips.com

5. girlsgogames.com

6. social city (thanks adik sebab meracuni aku)

7. crime city (thanks ayang sebab meracuni isterimu)

8. its girl (thanks nadia, sebab meracuni aku)

9. dan lain2

Kalau nak disenaraikan pastilah ianya berlambak-lambak dan tidak terkira, dan yang di atas ini adalah yang paling kerap diamainkan oleh aku setakat ni, ada berani.

Sampaikan kadang2 saya terlupa yang aku ada anak di dalam rumah (penangan game punya pasal, sori ikha, ummi seakan melupakanmu)

Sekarang ini bagaimana aku mahu mencari jalan penyelesaian kepada kes ketagihan ini yang kadang-kadang sampai terbawa ke dalam mimpi...please...i need help...uwaaaaaaaaaaaaaaaaa..

Monday, October 25, 2010

1st time tempah baju sama tema semata-mata sebab wedding..apa kes??? hihi


Seperti entry di atas, seperti itu jugalah persoalan yang diajukan oleh suami kepada isteri(aku)

"tak pernah2 pon nak tempah baju sama kaler ngan tema, ni pulak pertama kali, kenapa?"

Guane nak jawab tuh?? memang inilah pertama kali isteri buat begitu. lebih2 lagi majlis kali ini akan membawa impak yg besar pada fizikal dan mental si isteri sebab majlis ni majlis kawin member yg paling rapat dan disayangi iaitu cik Adibah Anum dan pasangannya En Ezrin.

Majlis ni juga akan jadi majlis reunion, jadi tak salahkan kalau si isteri minta baju baru..hihi.

Tapi memang benar inilah yang pertama-tama kali si isteri buat begitu, kalau tak, apa saja baju kurung yang ada kat dalam almari tu semuanya bisa jadi pilihan, yang penting mantap dan menyerlahkan kejelitaan dan title 'HOT MAMA' si isteri.

Yang penting baju dah tempah. Baju kurung moden style cekak pergelangan tangan, macam yang kita tgk orang pakai sekarang. Lagipun saja nak cuba fesyen baru, mana tau kena dengan pemakainya, hihihi...jadi bolehlah tempah tuk raya tahun depan (ada hati lagi tuh)

Apapun hati mau happy...never think about anything, yer tak..yang paling harus adalah berani mencuba benda yang baru..

yang sangat happy,
ummi

salam...

Saturday, October 23, 2010

Betul ke mereke terlupa??


Kadang2 bila aku duduk termenung sambil menengok jiran sebelah asyik berbual, aku jadi mahu berfikir, mahu mengenang sesuatu yg kadang2 nampak tidak patut diingatkan. Ianya ttg aku, aku dan ttp aku. Kenapa? sebab kadang2 bila nak difikir2kan yg aku dapat merasakan yg aku dilupakan. Mungkin sebab aku duduk di ceruk desa, tak ada Mcd, tak ada pusat membeli-belah, tak ada tpt karaoke, tak ada panggung wayang dan banyak lagi lah yg tak ada, yang ada cuma pokok, kampung2 dan sawah padi.

Walaupun aku bertemankan facebook yang menjadi perantara antara aku dan dunia luar aku ttp terasa dilupakan...mana taknya, kadang2 bila aku start nak msj2 @ YM2 dgn mereka pasti mereka tiada, @ malas nak layan( maybe). Bukanlah aku maksudkan kesemuanya ttp sesetengahnya dari insan2 yang aku paling sayangi semenjak skolah menengah lagi.

Adakah kerana aku tak ada kerjaya? munasabah juga. Atau adakah kerana aku dah berkahwin dan duduk jauh? itu bukan alasan bukan. Atau adakah kerana mereka sudah mempunyai karier yang lbh baik dan aku ni cuma surirumah tangga? mungkin. Aku bagai terpinggir dan dilupakan. Dulu kalau hati ini tidak pernah terasa nescaya sekarang hati ini seperti berbuku memendam rasa. Iya, mungkin ini bukan salah mereka kerana mereka ada life mereka yang tersendiri. Ini kerana masa bukan mengejar kita tetapi kitalah yang mengejar masa.

Tetapi apapun aku ttp merasakan yang mereka terlupa..tapi benarkah mereka terlupa. Inilah penyebabnya aku ingin sangat nak buat reunion, tapi mahukah mereka??

hmmm....

Aku rasa benar2 dilupakan...sedih..:(

Thursday, October 21, 2010

musim semut


kalau semua pembaca blog nak tahu, ada satu musim yang di mana semua org tak tahu berlaku di tempat aku, nak tahu musim apa, taraa..musim semut. Musim semut api pulak tu..hishhh.. Musim ni terjadi bila dah start masuk buln 11 @ november. Puncanya melainkan tidak adalah kerana musim yang kita sendiri tahu iaitu musim hujan.

Mungkin sebab semut2 ni takut & nak cari tempat yg selamat jd depa boleh pulak masuk kerumah ini lalu memenuhi ruang tamu tanpa disuruh...yg paling tak bestnya, depa boleh pulak nak gigit2 batang tubuh kami..amboi3, ngada2 betul semut2 tu..dah bagi tempat tinggal pon boleh buat perkara tak senonoh lagi, hihi..

apapun yang penting depa tak ganggu ikha. Kalau ikha da start menjerit, habis semua keturunan diorang aku kerjakan...huahahahahaha...

Tuesday, October 19, 2010

ada kisah cinta di sini


Dalam 3 tahun ini, kadang2 bila aku mula start nak tidur pasti kepala aku akan teringat kenangan2 lalu sambil tangan aku syok kuis2 tangan putriku yang dah lama dibuai mimpi. Mana taknya, orang kata hanya waktu malam ajerlah waktu yang paling perfect untuk kita teringat kisah2 romantik kita semasa zaman bujang dulu, yer tak??

Hihi..aku tahu, pasti jawapan korang sama seperti aku, kalau tak masakan korang akan termimpi2 mamat yang sedang bertakhta di hati korang tu, haa..hehe.

Seperti mana aku yang sudah 3 tahun berumahtangga, aku pada awalnya lansung tak bersedia. Tak bersedia bukan kerana apa, tetapi tak bersedia sebab mak aku yang kini hidup sendiri. Mak aku ibu tunggal yang sudah kehilangan suami, jadi aku sebagai anak perempuan sulung seharusnya membantu mak aku bagi meringankan bebannya, tetapi akibat terlalu cinta ditambah dengan keikhlasan dan pujukkan dari bakal suami aku yang akan berpindah ke dalam hutan (tempat aku tinggal sekarang), aku jadi rela hati untuk berumahtangga. Mak aku tinggalkan dalam keadaan yang amat sayu bersama adik perempuanku. Mungkin mak bersikap macam tu sebab mak sendiri tak percaya yang aku mampu mengharungi kehidupan yang penuh tanggungjawab ini.

Aku ikhlas menyatakan yang perkenalan ditambah dengan tempon pertunangan kami tidaklah selama mana. Jadi di hari2 itulah kami berusaha untuk menyemai rasa cinta yang ada. Kami sering menonton wayang, pergi genting highland, jalan2 ke tepi sungai malahan banyak lagi aktiviti yang kami lakukan bagi menyemarakkan rasa cinta di hati kami. Sehinggakan ada kadangkala aku pulang lewat ke rumah dan hal itu mengundang rasa marah di hati mak aku. Aku tahu yang itu memang salah aku dan di hari2 yang seterusnya aku cuba untuk bertindak mengikut jadual. Yang penting mak happy dan kami pun happy.

Kalau nak diingat-ingat kembali, pertama kali aku dan suami bertemu masa aku akhir tahun 2. Aku yang baru aje putus time tu memang tak suka kalau ada gangguan2 dari orang luar (almaklumlah, bengang gila time tu). Tapi dengan suamiku, aku bisa untuk menerima. Mungkin kerana dia ikhlas untuk berkawan pada awalnya dan akhirnya kami bisa juga untuk ke level yang seterusnya-bertunang dan berkahwin-

Nak diikutkan kisah cinta kami biasa2 saja, mungkin kerana pada awalnya aku hanya menganggap suamiku sebagai sahabat semata2, tidak lebih dari itu. Tetapi pada akhirnya cerita itu berubah dan aku boleh menerimanya sebagai pasangan hidup walaupun di dalam hatiku masih ada lagi saki baki rasa sebagai sahabat saja. Mungkin sudah takdir yang suamiku akan menjadi sahabat sehati sejiwa, ececeh..dari sebab itulah sehingga kini kami berbual, bercakap, merayau2 malahan bergurau saling tak tumpah seperti pasangan yang berkawan baik, 'tak ada rupa laki bini pun' bak kata orang kampung dia+orang kampung aku.

Mungkin aura cinta yang ada pada kami dapat kami semai dan lindunginya dengan baik. Ini kerana kami tidak mahu cinta yang kami pupuk ini sekadar madu dihirup sepah dibuang. Kami mahu cinta ini sentiasa indah seperti bulan dan matahari.

Aku juga tak mahu label atau gred pasangan berkahwin wujud di antara kami. Bak kata analisis, pasangan yang sudah mencecah 3 tahun perkahwinannya pasti ada ombak dan gelora yang bisa mengundang keruntuhan rumahtangga. Aku tidak mahu begitu, aku mahu hubungan kami ada pasang dan surutnya, masam dan manisnya, bahkan gelap dan cahayanya. Ini kerana kita sendiri tahu yang setiap pasangan itu tidak akan sentiasa bahagia kalau tidak dirundung ombak dan gelora. Ini bisa membuatkan kami belajar mengenali satu sama lain, menerima dan cuba untuk berkomunikasi. 'Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri' yer tak??.

Jadi aku berharap yang kisah cinta yang tak sebeberapa ini bisa menjadikan kami pasangan yang kuat dan keluarga yang bahagia, mudah-mudahan..

Sunday, October 17, 2010

cinta tiga segi..tersepit atau saja minta disepit??


Pernah tak terfikir yang korang akan tersepit di dalam situasi cinta tiga segi?? Mesti pernahkan, dan korang pula berusaha untuk menjadi yang terbaik dan akhirnya korang kalah hanya disebabkan orang ketiga yang lebih menonjol dan memahami.

Jadi dari situ mulalah korang berfikir, apa salahku? bila si mamat yang rasa dirinya best tu mula memohon mengundurkan diri. Katanya dia adalah tunggak kepada famili sedangkan dia dalam diam dah mula buka buku baru bersama yang lain, "citt'..itulah kata-kata yang pernah terluah dari bibir aku pada satu masa dulu. Mungkin kerana aku sendiri pernah terkena..huhu, memang kisah yang membengangkan dan kadangkala membodohkan diri sendiri. Bagiku mungkin inilah balasannya menjadi orang ketiga sedangkan kita tahu yang kita ini mungkin tidak akan kekal lama dengan mamat yang perasan diri dia tu best (sedangkan tak best pon).

Menjadi telangkai bukanlah satu kerja yang patut dibanggakan sebab jika jodoh yang dicalonkan itu tidak mahu pasti si mamat yang meminta tolong kepada kita tu akan otomatik jatuh cinta dengan kita pula, nak tahu kenapa? sebab mamat tu rasa kalau tak dapat gadis tu, dapat member gadis tu pun dah ok, asalkan bergirlfriend..ada ke patut??

Inilah perkara yang pernah terjadi pada aku dulu dan ianya amat2 membengangkan, lebih2 lagi bila ada member2 kata yang mamat tu 'boye'..kuss semangat. Ternyata apa yang diperkatakan member2 aku adalah benar bila mamat tu mula tunjuk taring, depan kita pulak tu..tak patut!!

Nasib baik cinta yang belum mekar habis ni terbuka juga pekungnyer, muka mamat tu yg dulu nampak comel la kononnya terus nampak buruk rupa. kisah yang tersepit dan mungkin saja minta disepit tu pun dah terurai juga. Aku bebas selepas 2 bulan, nak kata cinta aku dah parah time tu, oh no, tak parah pun sebab aku steady orangnya. lagipun aku dah dapat hidu sikap mamat tu yang cuba nak main kayu tiga, jadi dari aku terus makan hati adalah lebih baik aku lari awal2, ye tak??

Aku takkan lupa apa yang mamat tu dah buat kat aku dan aku doakan dia berjaya dengan apa yang dia dah buat sebab sekarang aku lebih happy bersama suamiku yang lebih baik dan memahami..Thanks Ya Allah, sebab menemukan aku dengan jodoh yang terbaik dari tersepit bersama mamat yang lansung tak bersyukur debngan apa yang ada...porahh.

Wednesday, October 13, 2010

happy nyerrrrrrrr

happy nye bila tengok pic kat atas ni menjadi dengan begitu gah sekali...suka suka suka...macam ni lah yang mak suka nok...kuikuikui

syoknya ikha kat tepi laut....

1st time tengok ikha memijak air laut rasa macam nak ajar dia berenang pulak, hahahaha...syok bila tengok ikha dok main air laut sedangkan pada awalnya dia lari2 bila kena kejar dengan ombak. Last dia pulak yang kejar air ombak tu, apa kes??? hihihi...apapun yang penting zahir dan batin dia happy, macam ummi dan walidnya..thanks walid, walaupun walid sentiasa sibuk tapi kebosanan kami tetap juga terisi dengan aktiviti yang menyeronokkan..yehaaaa

sedikit santapan mata buat semua...dont miss it..












Monday, October 11, 2010

tak menyesal tapi sunyi...ayang bla nak blik??



Sedih bila memikirkan waktu-waktu cuti yang menyeronokkan telah dicuri oleh waktu kerja yang tak mengenal masa, hari mahupun minit..hmm, itulah nasib bila dah berkahwin dgn tentera. Ayat-ayat ni bukannya tujuannya dicoret untuk meluahkan rasa rungut di hati semata-mata, tetapi, uwaaaaaaaaa...memang nak merungut pun. Kejam sungguh diorang sebab buat suami aku bekerja pada hari cuti, nak nangis je rasanya bila dia cakap,

"Abang ada kerja la sok, ada pegawai yang nak datang melawat kem",

dramatik betul keadaan bila suami aku ucapkan kata-kata tu, nak kata aku ok, tak ok pun sebenarnya. Nak kata aku bengang, memanglah tak ada gunanya sebab dah telah2 yang suami aku tu seorang tentera..sob sob...

Bila nak diingat-ingatkan dalam 3 tahun perkahwinan aku ni, jarang2 sekali kami meluangkan masa bersama dalam waktu yang agak lama(maksud aku keluar cuti2 malaysia), melainkan pada cuti tahun atau cuti raya yang kadang-kadang dia sendiri habiskan masa hanya dengan duduk di depan tv sambil main PS2 (ada ke patut). Bila nak ditegur terasa berat hati sebab itu sajalah masanya untuk suami aku mengembangkan otaknya yang kecut mecut kerana stress di tempat kerja.

Tapi macam mana dengan aku pulak?, macam dengan Ikha?. Kami hanya mampu tengok dan lupakan apa yang dihajat di hati. Kata-kata yang aku luahkan ini bukanlah bermaksud mahu merendah-rendahkan atau memburuk-burukkan suami aku sebab suami aku ok orangnya. Tapi hati ini yang selalu merungut sampaikan kadang-kadang aku makan hati sendiri.

Terus terang nak aku katakan yang aku sunyi bila dia pergi kerja, krusus, latihan menembak, latihan kawad dan macam2 lagi. Mungkin sebab aku tak ada apa yang nak di rumah. Tidur je ikha, aku terus blank, lansung tak tahu apa nak buat..Mungkin kerana bosan. Nak buka FB, member2 semua kerja. Nak main game, tak ada kaki nak layan dan akhirnya aku cuma duduk termenung sambil memikirkan benda yang bukan2 contohnya nak cari kerjalah, marahlah, bosanlah dll.

Tapi apapun, aku tetap bersyukur yang suami aku tak lupa akan aku. Dia tetap bertanyakan aku dan kadang-kadang mengajak kami ke tepi pantai atau KB Mall macam minggu lepas. Biarpun jarang-jarang, namun dia tetap tahu yang aku bosan dan dia akan membetulkan keadaan.

Walau bagaimanapun aku tak pernah menyesal berkahwin dengan suamiku yang bergelar tentera, walaupun kadang-kadang aku sunyi...(hmm) itu sebab aku tahu lagi besar pahalanya jika aku menunggu suamiku di tepi pintu sambil mendoakan keselamatannya agar dia pulang dengan selamat, itukan lebih baik :)

Saturday, October 9, 2010

alasan @ no idea



Tak tahu lah nak dimulakan dari mana, tapi apapun terang-terang aku ingin meluahkan rasa hati yang aku masih teringin untuk menulis novel macam masa dulu-dulu. Tapi tak tahu hantu apa yang merasuk kepala ini supaya aku melupakannya dengan tiba-tiba, melupakan kata-kata yang harus dikarang di dalam sesebuah novel.

Mungkin alasannya kerana aku tidak punya idea, tapi adakah itu alasan yang benar atau hanya sekadar alasan semata-mata, oh no...no komen.



idea oh idea, di manakah ko idea?? aku ni nak menulis lagi. Jadi benarkanlah idea tu masuk ke dalam kepalaku supaya aku rasa hidup kembali, melakar kata-kata yang indah buat tatapan dan santapan semua..ececehh..

Friday, October 8, 2010

hairan bin ajaib

Hairan la, kenapa yer pic yang aku letak dekat atas ni tak penuh cam blog2 orang lain. puas dah aku godek2 sana sini, lambat laun jadi cam kat atas ni juga. Peliklah?? ke aku ada buat silap dekat mana2, ye la manalah tau, akak ni bukannya pandai sangat kan, lalala~~



Apa pun aku dah buat yang terbaik. Dapat juga aku letak pic aku dan ikha masa majlis kahwin jiha hari itu, (thanks jiha sebab ada lampu lilin untuk dijadikan sebagai props)..godek sana godek sini jadilah pic yang macam dah ada dekat atas tu..alhamdulillah..walau macam mana pun, sampai ke hari ini juga aku masih pelik kenapa pic tu jagi gitu..hmm, malas nak pikir, biar lantak pi lah...ayoyoyoyoooo...ya salam..

Wednesday, October 6, 2010

Melupakan



Dia melihat daun-daun hijau yang ada di dalam pasu bunga coklat itu semakin hari semakin layu dimakan waktu. Mungkin itu silapnya juga kerana setiap detik dia mudah melupakan pekerjaan yang harus dilakukannya itu. Biarpun kerja menyiram pokok bunga itu merupakan kerja yang paling mudah, tetapi dia tetap juga terlupa, terlupa untuk menyiram pokok yang semuda itu. Hasilnya kini pokok itu tidak mahu segar lagi, tanahnya kering, rantingnya rapuh bahkan daunnya kuning, gara-gara kerana dia terlupa.

Hampir setiap hari dia semakin dihanyut waktu yang dia sendiri tidak pasti, bukan hanyut kerana malas atau waktu kuliah yang ketat, tetapi hanyut kerana otaknya yang mungkin sudah tidak berfungsi lagi. Setiap hari dia menyalahkan dirinya sendiri, menyoal akan tindakannya yang sia-sia. Sedari celiknya mata hinggalah layu kerana malam, dia seperti dapat mengira apa saja yang dibuatnya dan apa saja yang diingatinya.

Pernah terdetik difikirannya, mengapa dia begitu, mengapa dia sering terlupa. Adakah kerana umurnya, tidak mungkin, kerana umurnya masih muda, masih lagi setahun jagung. Bahkan kalau hendak dihitung dengan jari juga masih boleh dikira, iya dia masih lagi muda. Tetapi mengapa dia mudah lupa?, itulah persoalan yang sering bermain difikirannya.

Semuanya bermula pada hari itu, hari cerah yang akhirnya disudahi dengan hujan lebat. Dia yang sudah bersiap sedia untuk ke kuliah akhirnya bertangguh masa bila dia terperangkap di tepi perhentian bas. Salahnya juga kerana dia bangun lewat. Jam yang dikunci tidak berbunyi, dia jadi kelam kabut sambil memaki hamun jam yang sudah berada di dalam tong sampah. Memang dasar manusia menyalahkan benda yang tidak bernyawa jika benda itu tidak melakukan tugasnya dengan betul.
Hampir 2 jam dia berdiri di depan perhentian bas, dari di kaki lima dia beralih ke depan palang kerusi, dari palang kerusi dia sudah berdiri di atas palang itu pula. Perasaan segan, malu atau apa saja yang diibaratkan manusia tidak lagi ada di dalam kepala otaknya, yang dia tahu cuma dia harus mengelak dari terkena hujan bahkan tempias hujan sekalipun.

Dari detik itulah dia sudah terlupa atau lebih benar lagi, melupakan. Dia sendiri tidak dapat mengingat apa punca yang menyebabkan dia terlupa. Puas dia memikirkan dan setiap kali dia cuba membayangkan dia kembali terlupa. Pernah sekali dia menulis diari sebagai panduan untuk dia mengingati apa yang telah dibuat sepanjang hari itu, tetapi semuanya bagaikan tidak wujud bila dia menyelak diari itu dikeesokkan harinya. Seperti dia terlupa atau dalam kata lain, semua perkara yang dilakukan sebelum ini semuanya tidak wujud, tidak pernah dibuat atau dejavu semata-mata. Adakah kerana semua yang dilakukan itu hanyalah mimpi, dia cuba untuk membuat kesimpulan.

Buku psikologi yang selama ini tidak pernah diselak malahan tidak pernah terfikir untuk dibaca berada tepat di depan mukanya. Khalif, teman kuliahnya berasa hairan melihat situasi yang pelik itu.

“ Kau okey?”
“ Kenapa, aku nampak macam tak okey ke?
“ Memang pun, sebab kau baca buku tu.” Sambil menjuihkan bibir ke arah buku psikologi yang sudah separuh diselak.
“ Kenapa kau baca?”, tanya Khalif.

Dia terlupa mengapa dia harus membaca buku itu. Terdiam dia sebentar sambil merenung buku yang lansung tidak difahaminya. Penyakit, mungkin ini penyakit.
Kejadian itu benar-benar merunsingkan akal dan fikirannya, mahu saja dia menghentakkan kepalanya ke dinding walaupun dia tahu tindakannya itu bakal merosakkan dirinya sendiri. Tetapi haruskah dia berbuat begitu hanya semata-mata kerana terlupa. Semalam, ibunya ada menghubunginya, meminta dia untuk pulang ke rumah. Tetapi hari ini dia terlupa, hasilnya satu hari suntuk dia menerima ceramah dari ibunya, menyatakan yang dia tidak mengambil berat akan hal keluarga. Bukan dia tidak mahu pulang ke rumah, tetapi dia terlupa.

Pernah dia membincangkan hal itu bersama Khalif, kata Khalif mungkin dia sudah mengalami amnesia, sejenis penyakit lupa yang sering dialami sesetegah orang dan terutamanya pada golongan tua lebih dari 40-an. Tetapi mana mungkin, sebab dia belum lagi memasuki alam 20-an.

“Mungkin awak sudah mengalami amnesia”. Doktor itu menerangkan secara ringkas.
“Tapi saya masih muda?”. Dia bersuara agak kurang senang. Perkataan amnesia itu benar-benar menyesakkan fikirannya. Dia tidak mahu apa yang dikatakan oleh Khalif itu menjadi benar, dia tidak mahu menerimanya malahan dia tidak mahu penyakit itu menular di dalam otaknya. Dia tidak mahu melupakan, masih ada banyak perkara lagi yang harus dia lakukan dan lupa itu adalah perkara terakhir yang mungkin patut berlaku.

Dia terperanjat bila kertas ujian itu diletakkan di depannya. Ujian, hari ini ada ujian. Dia lupa lagi. Penyakit lupanya semakin kuat.

“Mengapa kau tak ingatkan aku yang kita ada ujian?” dia marah-marah pada Khalif setelah semua kertas ujian diambil. Sepatah soalan pun tidak mampu dijawabnya sebentar tadi, dia tidak tahu dan dia seperti tidak pernah melihat soalan pelajaran seperti itu. Seolah-olah inilah pertama-tama kalinya dia berada di dalam kelas itu. Khalif hairan melihat temannya seperti hilang arah.

“Bukankah kita dah ulang kaji semalam, takkan kau dah lupa!” kata Khalif geram. Kini Khalif tidak senang dengan sikap temannya itu. Dia yang tadinya marah-marah mula termenung, mungkin dia lupa lagi. Tetapi mengapa benda yang begitu baru juga dia mudah terlupa.

“ Kau jangan sampai satu hari nanti aku pun kau lupa”. Bentak Khalif. Dia tidak mahu melupakan Khalif, temannya itu, malahan dia tidak mahu melupakan segala-galanya. Biarpun keluarga ataupun kehidupannya. Melupakan adalah satu perkara yang mahu dijauhi tetapi dia seakan tidak mampu.

Semalam dia lupa mahu menyiram pokok jagaannya lagi. Tiada apa yang boleh dibuatnya lagi melainkan meletakkan pokok itu di hujung balkoni dalam keadaan yang layu. Terfikir akan dirinya bagaimana pada satu hari nanti dia lupa akan segala-galanya contohnya seperti makan, minum, keluarga bahkan namanya sendiri, itulah perkara yang paling ditakutinya. Melupakan nama sendiri adalah perkara yang serius. Dia mahu merubah tetapi perubahannya bagaikan mimpi kerana takkala dia bangun pagi, segala perkara yang berlaku kelmarin hanyalah mimpi semata-mata. Adakah ini kehidupan yang benar buatnya?, dia cuba mencari jawapan.

Sekilas dia melihat ke dalam tong sampah, jam loceng yang dibuang sekitar entah berapa lama yang dulu masih ada di situ. Jam siapa itu? Fikir hatinya. Bilakah dia membuangnya?, fikir hatinya.

Berpinar-pinar matanya melihat cahaya yang sedikit-sedikit masuk melalui celah-celahan tingkap. Dia keseorangan dalam keadaan yang kusut masai, rambutnya yang dulu kemas sudah tidak terurus lagi. Bajunya compang camping dan badannya berbau hamis. Dia lupa lagi, lupa untuk mandi, lupa untuk menghias diri, lupa bagaimana untuk bertanya, bahkan yang paling besar, dia lupa akan dirinya.

Pokok yang ada di tepi balkoni itu direnung dari celahan cahaya yang menyapu lembut wajah kerutnya. Siapa dirinya?, Siapa dia sebelum ini?, bagaimanakah dia boleh berada di situ dan bagaimana dia boleh terlupa. Dia keliru dan otaknya terus melupakan apa yang harus dilupakan.

Sunday, October 3, 2010

resepi puding roti

Inilah resepi yang aku ambil dekat dalam laman web myresepi, mudah dan ringkas. Jika kita nak jadi wanita atau anak dara mahupun menantu yang baik, baiklah dicuba resepi ini, manalah tahu boleh membuka pintu hati mak mertua yang keras macam kerak nasi (bagi yang belum bersuami yer). Iyalah mana taknya, nak masak sedap-sedap takut jadi hampeh, jadi cubalah yang senang-senang dulu, bak kata orang slow and steady. Belum cuba belum tahu..kuikui.



Pudding roti
Bahan-bahan ( 4 org mkn )
• sebuku roti (roti yang murah je)
• 4 biji telor
• sedikit marjerin
• sesudu kecil esen vanila
• setin susu cair
Cara-cara
1. Roti disapu marjerin (semua roti)
2. Roti diatur cantik didalam loyang
3. Putar telur dan gula
4. Kemudian masukkan susu cair dan esen vanila
5. Kemudian curahkan ke dalam loyang
6. Bakar sehingga kekuningan sedikit (dalam 15-20minit)


cuba jangan tak cuba...layann...

Saturday, October 2, 2010

bukan suka sangat tapi nak sangat tengok....


Aku ni bukannya manusia yang taksub atau suka sangat tengok cerita hindustan, tak macam sesetengah member aku yang menjadikan hero dan heroin cerita hindustan tu sebagai pujaan hati, hihi, kadang-kadang geli hati juga bila mengingatkan hal-hal seperti itu.
Tapi start je bulan puasa hari tu, tiba-tiba je hati ini (acecehh..~~)teringin pulak nak tengok cerita-cerita hindustan lama. Memang kelakar bila memikirkan entang keinginan yang seba pelik di mata suamiku itu, dia kata

"dah tak ada cerita lain lagi ke nak tengok?"

aku pulak buat muka masam. Ini bukannya ada kaitan dengan masalah mengidam atau mengandung, tetapi memang keinginan yang tiba-tiba terbit di dalam hati. Aku pun tak tahulah mengapa?. Di atas keinginan yang membuak-buak itu, aku pun memulakan pencarian untuk mencari cerita yang diidam-idamkan itu 'KABHI KUSHI KABHIE GHAM', hahaha. Cuba sajalah bayangkan, segala kedai video dan Cd aku terjah untuk menemui pencarian itu namun lansung tak ketemu. Adik aku yang menjadi tukang ikut (sori ye dik, selalu menyusahkan dirimu, kuikui)mula tak senang langkah. Mungkin kerana penat seharian mencari Cd tu di masjid jamek. Pelik, takkan satu kedai pun tak ada, fikir hati aku.

Kata adik aku, "Cd lain tak mau ke, takkan Cd tu juga!?", aku yang paham dengan keadaan penat adik aku cuma tersenyum dan cuba untuk mengambil hatinya dengan membelikan dia sedikit minuman. Nasib baik dia boleh cool semula.

Akhirnya kami jumpa juga Cd tu, betul-betul di luar maydin. Gembiranya hanya Tuhan saja yang tahu, tapi pabila mata kami melihatkan saja harga Cd tu terus kami memandang sesama sendiri "Rm 21.90, DVD. Aku nak VCD je?" aku pandang lagi wajah adikku.

Bukanlah kami ni sengkek sangat masa tu, tapi harganya benar-benar tak secukup duit yang kami ada. Aku jadi sedih sangat-sangat. Adik aku cakap " lain kali je la beli ct". Lain kali, bila pula lain kali tu?, kalau di terengganu alamatnya tak merasalah aku nak tengok cerita tu.

Hal tu aku sampaikan pada suamiku. Aku minta agar suamiku mencari Cd itu. Bagai tak keruan jugalah dia mencari Cd tu dan akhirnya jumpa juga. Hampir 2 bulan jugalah aku kempunan nak tengok cerita hindustan tu dan akhirnya dapat jugalah aku tengok, lepas gian yang dah lama terpendam..hihi(sori sayang)

Apapun usaha itu tangga kejayaan, betul tak?? (semuanya kabhi kushi khabie gham punya pasal)

pic raya ikha

Raya hari tu, kami lansgung tak berkesempatan nak ambil gambar sama-sama sambil pakai baju raya. Yang ada hanyalah pic ikha yang pakai baju kurung yang kami ambil masa kami pergi hantar makanan hari raya pada abang ipar aku di johor. Jadilah, yang penting pic ikha memang meletup...kuikui




MELETOP TAK, HAHAHAHA....

i have nothing to say


Setiap hari kita akan mendengar perkara-perkara yang diperkatakan di kaca tv samalah seperti perkara-perkara yang ku fikir masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Mana taknya jika semua perkara yang diketengahkan itu hanya diambil mudah oleh masyarakat kita masa kini, bukan hanya segelintir, malahan kesemuanya. Biarpun ada cebisan manusia yang berusaha untuk terus berubah namun kadangkala perubahan itu hanya bersifat sementara sahaja, dan akhirnya ia menjadi satu omong kosong bagi pendengar dan pelihat iaitu kita.

Mungkin bahasa aku ini bersikap tidak realistik dan tidak jujur kepada diri sendiri, mungkin ada juga yang boleh mengatakan yang aku mungkin tengah bosan atau marah bila memperkatakan tentang hal ini. Tetapi ini adalah kenyataan hidup. Tiada siapa yang mahu mendengar tentang tragedi atau masalah yang menimpa masyarakat kita pada hari ini. Bagi mereka urusan seperti itu ada yang lebih layak untuk mendengarnya, mungkin orang-orang yang diperkatakan itu ialah seperti orang-orang yang ternama, orang-orang besar, dan mungkin juga orang-orang media. Kerana saban kali kita melihat rancangan di kaca tv, pasti hanya orang-orang seperti mereka saja yang mengambil berat akan nasib orang-orang yang tertindas. Benarkah?, itulah yang menjadi persoalannya.

Iya, kita harus percaya akan apa yang dilihat dan perkara itulah yang mereka mahu kita percaya. Aku bukan cuba untuk mahu memperkatakan tentang hal orang lain, tetapi setiap hari dengan berdepan khabar-khabar yang ada di kaca tv, aku jadi amat percaya yang aku harus mempunyai jawapanku sendiri bila ada orang cuba menanyakan kepadaku iaitu "i have nothing to say" bagi menutup segala persoalan mereka.

Friday, October 1, 2010

BORING..Arghhhhhh.....


Tak sangka lepas je balik ke terengganu, life dah jadi boring gila. Nak buat apa pun dah jadi tak kena. May be hati ini masih di tempat orang, di KL mungkin atau di JOHOR barangkali. Raya yang datang setahun sekali pun masih tidak dapat mengubati perasaan rindu aku pada teman-teman dan keluarga..jadi keboringan semakin menjadi-jadi. Boring sebab tak dapat ketemu teman-teman yang tidak sempat aku temui, malahan kubur arwah abah juga tidak sempat aku lawati..hmm..well, apapun seboring manapun hati aku ini, aku tetap akan berusaha mencari jalan untuk menghilangkan rasa boring ini, bagaimana caranya, akan aku fikirkan kemudian...lalalala....