Monday, August 9, 2010

Selamat Hari Lahir Sayang



Assalamualaikum Sayang,

Hari ini genap sudahlah Sayang mencapai umur yang begitu matang buat saya..Sayang kini sudah berumur 29 tahun. Dalam usia yang begini Sayang kini semakin ceria, mungkin kerana Sayang sudah memperolehi apa yang Sayang mahukan selama ini, cinta, keluarga juga permata hati yang bernilai, Putri Zulaikha yang dikasihi.

Di sini saya sebagai isteri sering mendoakan agar Sayang bisa menjadi tauladan kepada putri kita, menjadi idola yang dicintai dan menjadi hero yang dihormati. Sayang adalah Walid yang terpuji, walaupun kadangkala Sayang tegas dalam budi bicara namun budi bicara itulah yang menjadikan Sayang sering disenangi.

Selamat hari lahir Sayang, semoga hidupmu dilimpahi dengan kebahagian dan kesenangan yang berlipat ganda. Cinta ini seringkali mendoakan agar Sayang diberkati yang Maha Esa, dari dunia sampai akhirat.

Amin ya rabbal alamin..

Sunday, August 8, 2010

Ramadhan ini kami bertiga



Buat pertama kalinya dalam tahun ini selepas 3 tahun bersama suami, kami akan menjalani Ramadhan yang ketiga bersama putri yang tersayang. Mungkin ini adalah anugerah yang amat ternilai yang tiada tolok bandingnya. Kasih dan sayang yang dikecap selama ini dapatlah kami kongsi bersama anak yang tersayang, biarpun putri kami ini belum boleh berpuasa namun rasa kasih dan cintanya kami kepada Islam membuatkan kami kepingin mengajar si putri tentang puasa dan rahmatnya.

Dengan berkat dan keredhaannya, kami bersyukur yang puasa kali ini semakin terang dan indah bagaikan anak bulan yang semakin terang dicurahi cahaya keimanan dan kesuciannya. Terasa seronok kali ini bila mahu menyambut puasa, walaupun hati ini kadangkala teringat akan arwah abah yang sudah hampir 6 tahun meninggalkan kami namun kasih sayang kami tetap akan bersama abah walaupun sampai ke akhirnya. Segala doa dan harapan kami curahkan kepada abah agar abah bahagia di sisiNya, Tuhan yang maha Esa, Allah s.w.t.

Sekali lagi aku ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan, semoga Ramadhan kali ini membawa seribu kenikmatan dan keinsafan buat umat manusia khususnya umat Islam yang teristimewa. Amin Ya Rabbal Alamin.

Saturday, August 7, 2010

hasil tangkapan tuk hari raya...yuhaa


akhirnya dpt jugak beli kain mahal tuk hari raya ( mahal ke? ).. cukuplah walaupun sepasang. tak mahu berkira sebab yang pasti raya tahun ni aku tentu sibuk. nak buat baju kurung moden, mesti cun punya. suruh amoi dekat ayer baloi yang buat, orang cina kalau buat kain baju kurung lawa2, tak faham aku kenapa?? kuikui..

Wednesday, August 4, 2010

aku bukan penulis


aku bukan penulis
zahirnya pandai mengarang
zahirnya bisa beridea

aku bukan penulis
ada cinta mekar di hati
jadi tautan tinta berpuisi

aku bukan penulis
duduk termenung melingkari persepsi
buah fikiran jadi abadi
dalam karangan tinta hiasan
lansung aku bukan penulis

aku ini bukan penulis
gayanya mungkin
rasanya bisa
tapi tiada terdaya
menulis harus punya idea
baru dia bernama penulis
penulis yang ada gaya.

Monday, August 2, 2010

kalau dah nama pekebun, apa pun nak tanam..huhu



ini cerita pasal mertua aku. sesampai je aku dekat sini 2 hari yang lepas, cuaca tak berapa baik. jadi aku tengok dekat dalam rumah hanya ada ipar2 aku saja. jadi aku tanyalah diorang, mana mak ngan abah? diaorang cakap, mak ngan abah pergi kenduri. aku yang malas nak fikir panjang terus berlari2 masuk ke tandas bagi menunaikan hajat yang sedari tadi aku tahan. mana taknya, dari batu pahat aku menahan dan sekarang baru aku dapat lepaskan.

habis je buang hajat dan makan nasi yang memang dah disediakan oleh mertua aku, aku terus keluar ke laman depan rumah mertua aku, wahh..aku tengok tanah lapang yang dulu tak ada apa2 kini penuh dengan pokok2 betik, ubi dan ntah apa2 lagi. yang peliknya cepat betul pokok2 tu membesar sedangkan aku baru setahun tak balik sini. tak tahulah pulak kalau pokok2 ni memang cepat tumbuh.

mak mertua aku yang tadi pergi kenduri tetiba je dah balik, terus peluk ikha dan cium bertubi2. aku kelakar betul tengok ikha mengeliat nak mengelak tapi terus juga di cium.

angin makin kuat. mak mertua aku yang sedari tadi duduk lepak di atas kerusi terus menjenguk2 keluar tingkap. ntah apa yang ditengoknya, itu aku tak tahu. mak mertua aku suruh mamat, adik ipar aku untuk ambil tali di dalam dapur. aku fikir, apa lagilah yang orang tua ni nak buat? mungkin ada benda yang nak diikatnya supaya jangan bagi jatuh.

dia ajak mamat keluar sekali, mungkin bagi membantu dia. aku yang tak tahu apa2 pun ikut sekali, nak tengok apa aje lah yang nak dibuat orang tua tu. rupa2nya, mak mertua aku nak ikat batang pokok strawberi yang ada di tepi rumah. pokok stawberi, biar betul?? aku menyoal di dalam hati. bukan ni kawasan panas ke, macam mana pokok strawberi ni boleh tumbuh besar? fikir aku.

" nanti dah banyak, boleh petik buat jem", selamba mak mertua aku cakap.

ada hampir 5 ke 6 batang pokok di situ. semuanya besar2 belaka. aku hanya tersengih. memang dasar orang suka berkebun, semua jenis tanaman pun nak dicuba. biarpun tanaman tu nampak tidak sesuai untuk ditanam. yang penting kata mak mertua aku 'semua benda kena TRY', fulamak, cakap orang putih orang tua tu. hihi...apapun menantu mak nak ucapkan selamat berjaya, do your best..dah menjadi nanti, bagilah menantumu ini sedikit jem buatan orang pontian, hihi..

Sunday, August 1, 2010

perhentian kedua-johor

wahhhh..akhirnya dah sampai johor, kuikui..nasib baik tak lama naik bas, kalau tak alamatnya sakit2 lagi badan yang keding ni, huhu..